Islam Yes, Fanaticism No!

Usai pulang dari kuliah tadi, saya sempat berdiskusi dengan seorang muslimah, pelajar junior. Tidak ada isu lain melainkan permasalahan tarbiyah student yang sedang menuntut dalam maupun luar negara.


"Pening!"

"Kita nak bawa islam, tapi kenapa disini seperti ada perpecahan. Jemaah inilah, jemaah itulah"

"Mana satu yang kita nak ikut?"

Terkesan mendengar keluhan dari kader dakwah ini. Di saat manusia leka dengan gelak ketawa, senda gurau melampau, dan pergaulan bebas, masih lagi wujud Da’i yang sanggup menjadi penyambung mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah Saw. sehingga dibukakan telinga, akal dan hatinya. “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah..” (QS Al-A’raf 7:58).

Saya cuba memecahkan permasalahan.

FROM GREEK TO WEST

Para Da’i harus segera menyedari bahawa penyelewengan akidah pada zaman ini bukan lagi melibatkan falsafah ketuhanan di bidang metafizikal seperti yang berlaku pada masa lalu sehingga menimbulkan pelbagai aliran sesat semisal Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Syiah, Khawarij, Murji’ah dan lain-lain (Hamka, 1908-1981). Kelompok ini keliru dalam membesarkan pemikiran ahli falsafah Greek (baca: Yunani) sehingga menolak hukum Allah Swt.

Pada zaman ini barat telah lama meninggalkan tuhan. Disebabkan kecewa dan ragu dengan keaslian Bible, maka di Barat pada tahun 1720 Master of Trinity College, R Bentley, menyeru umat Kristian agar meninggalkan kitab suci mereka iaitu New Testament yang diterbitkan pada tahun 1592 versi Paus Clement,… the ‘textus receptus [is] to abandoned altogether!

(Niccolo Machiavelli, 1469-1527)

Penyelewengan gereja di Eropah turut melahirkan penentangan yang di ketuai oleh intelektual rasionalis. Niccolò Machiavelli (1469 –1527 M) yang dianggap sebagai nenek moyang aliran politik sekular menyeru kepada penafsiran semula ajaran kristian dengan membatasinya menjadi kepercayaan peribadi dan tidak terlibat dalam urusan politik, ekonomi dan social.

“Machiavelli thought of moral, religious, and economics factors in society as forces which a clever politician can turn to the advantage of the state, or which he can even produce for the sake of the state,” dikutip dari Ancaman Bahaya Sekularisme (2002) mengenai Machiavelli yang cuba ‘memperkosa’ agama bagi mencapai tujuan sekularisme negara.

Dunia islam, terutama setelah lenyapnya Khilafah Utsmaniyyah (1299-1922), sekali lagi dihadapkan dengan aliran bid’ah dan sesat yang berusaha ‘memadukan’ syariat islam dengan pemikiran moden yang timbul di Barat (sebelumnya yunani). Perlu difahami bahawa aliran sesat yang lahir di zaman ini tidak lagi dalam bentuk mazhab ketuhanan seperti pada masa lalu, tetapi muncul sebagai idealisme politik dan ekonomi yang disogok oleh fahaman sekular ala Muktazilah.

Di sisi lain, dalam sebuah kajian keislaman disebutkan bahwa Sayyidina 'Ali r.a pernah bersabda, "Bila akal menjadi pijakan agama, maka bahagian bawah kasut (Khuf) lebih layak untuk dibasuh, daripada bagian atasnya" (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). Hadits ini diperkuat dengan kenyataan Al-Syafi'i (767 M) bahawa manusia tidak akan bodoh dan tidak akan berbeza pendapat kecuali ketika manusia meninggalkan lisan Arab (Islam, al-Qur'an atau wahyu) dan cenderung pada lisan Aristoteles (falsafah, teori atau ideology).

FENOMENA FANATISME

Seluruh aktivis islam hanya berpihak kepada kebenaran jika ia dapat membebaskan dirinya dari sikap fanatisme terhadap pendapat orang, golongan atau gerakan tertentu. Allah Swt. tidak memerintahkan kita beribadah mengikut petunjuk ustaz atau tokoh tertentu, tetapi Allah Swt. memerintahkan agar beribadah sesuai wahyu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, “Katakanlah, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.”

Orang-orang fanatic itu secara a priori cenderung menolak pandangan juru dakwah lain tanpa mahu mengkajinya dahulu. Bagi mereka, diam (baca: fanatik) adalah strategi, dan berpegang pada prinsip, ana hanya wala’ pada Mas’ul. Al-Quran mengecam kelompok ini sebagai peringatan kepada Muslimin agar tidak mengikut jejak langkah mereka (QS Al-Baqarah 2:91).

Saya menyeru, marilah kita bekerjasama melawan serbuan sekularisasi pemikiran, ideologi, politik dan aliran sosial. Tidakkah kita sepakat bahawa sekularisme bukan sahaja memerangi akidah dan menghentikan perlaksanaan syariat islam, mereka turut merusak gambaran syariat islam dikalangan masyarakat.

Mengapa para aktivis islam dari pelbagai kelompok tidak bekerjasama menghadapi penipuan politikus atas nama agama demi kepentingan sekularisme itu?


YOUR TRUE ENEMY

Perlu diulaskan disini bahawa para intelektual orientalis-missionaris yang didokong oleh peradaban Barat dan Timur giat melakukan pelbagai penelitian menghendaki agar umat islam membuang ajaran dan tuntutan Rasulullah Saw., sebagaimana orang Kristian meragukan dan akhirnya mencampakkan ajaran Jesus dengan suntikan secular dari aspek ILMU SOSIALNYA.

Lihat kenyataan terbuka Sir Snouck Hurgronje, orientalis Belanda yang berpengalaman di Indonesia. Beliau menasihati pemerintah kolonial Belanda supaya melaksanakan Dutch Islamic Policy bagi menghadapi tentangan orang-orang islam. Antara lain beliau menegaskan,

"Yang wajib ditakuti oleh pemerintah-pemerintah Belanda bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik. Kumpulan itu dipimpin oleh segelintir yang fanatik, dimaksudkannya adalah para sarjana islam yang berjuang bagi menegakkan cita-cita Pan Islamiah (Rangkaian Negara Islam)".
Saya mencadangkan kepada para pembaca supaya membaca sendiri tulisan Abdul Hadi Awang mengenai Sekularisme dan Islam yang begitu berharga.

Hal ini juga diungkapkan oleh Prof. DR Yusuf Al-Qardhawy dalam bukunya yang berjudul: ‘Fiqah Daulah’, disaat melihat perpecahan dari kalangan umat islam,

“Lupakanlah segala perselisihan dan perpecahan dalam menghadapi kekuatan secular, salib, zionis dan atheis yang memusuhi islam”.
Dan, ketika saya ditanya mengenai fenomena ‘multi-jama'ah’ di kampus, saya hanya mampu menjawab, “Islam Yes, Fanaticism No”.


Oleh: A.Muchlis

Sumber Bacaan:

1. Zulkifli Haji Ismail, dalam bukunya Ancaman Bahaya Sekularisme, (Melaka: Baitul Qurra’, 2002)
2. Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh Perbezaan Pendapat, terj. Aunur Rafiq Shaleh Tamhid, (Jakarta: Robbani Press, 1991)
3. Al-Qardhawi, Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah, terj. Kathur Suhardi, (Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2001)
4. Syamsuddin, Arif, Orientalis dan Diabolisme Pemikiran, (Jakarta: Gema Insani, 2008)
5. QUTB, Sayyid, Tafsir Fi Zhilalil-Quran, terj. As’ad Yasin et al, (Jakarta: Gema Insani 2008)
6. Sidogiri.
7. Abdul Hadi Awang, Islam & Demokrasi, (Selangor: PTS Islamika, 2007)

1 comments:

TaklePAS said...

Ya pengikut HAji Hadi dan PAS.
Apakah pendapat anda tentang ulama PAS yang ulung, Gobalakrishnan.

Dia menyembah lembu tetapi menyeru PAS mengikuti Islam.

Bagaimana. HAdi , Gobala Krishnan dan Lim Guan Eng menentang UMNO?

PIS=Parti Islam Malaysia
PAS = parti ajaran sesat?

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.