International Office (IO) FKUSU. Antara punca dan penyelesaian.

Pada awal tahun 2008 berikutan krisis ekonomi global, para pelajar Malaysia yang menuntut di Medan, Indonesia telah dibebankan dengan peningkatan yuran pengajian yang tinggi. Keadaan bertambah rumit apabila peranan International Office (IO) dalam mengambil alih segala urusan imigrasi pelajar asing di Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara (FK USU) berjaya dikuatkuasakan sepenuhnya. Akibatnya, penuntut asing di FK USU kini terus dihantui dengan caj perkhidmatan yang melampau tinggi setiap kali berurusan di kantor tersebut.

Disini, saya akan mengulas sedikit sebanyak mengenai masalah ini dan beberapa langkah penyelesaian berdasarkan analisa singkat saya sepanjang tiga minggu memikul amanah sebagai Naib Yang Di-Pertua Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia-Cawangan Medan (NYDP PKPMI-CM).

Punca masalah dapat kita simpulkan melalui faktor-faktor berikut. Pertama, terbongkarnya kes pemalsuan surat-surat fakulti yang dilakukan oleh seorang pelajar senior asing yang tidak bertanggungjawab pada akhir tahun 2007. Isu ini menjadi dalil utama mengapa peranan (IO)yang dulunya hanya menguruskan pelajar dari agensi Allianze College of Medical Sciences(ACMS)- telah di selaraskan kepada seluruh pelajar asing. Maka, bermula pada bulan Oktober 2008, pelajar asing tidak lagi dibenarkan menguruskan urusan imigrasinya sendiri melainkan mesti melalui jalur (IO).

Kedua, rancangan undang-undang Badan Hukum Pendidikan (BHP). Projek neo-liberalisme yang dicanang oleh pemerintah Republik Indonesia (RI) telah ditegakkan, di tengah lesunya gerakan kerakyatan dan buasnya kekuatan swasta yang hendak menggantikan kuasa dari pemerintah. Hal ini menyebabkan segala kebijakan yang melibatkan layanan dasar (essential service) rakyat tidak lagi ditentukan oleh pemerintah. Dan lebih bergantung kepada prinsip ekonomi pasaran bebas (free market). Justeru, tidak mustahil jika muncul segelintir golongan bourjois (baca: pihak fakulti) yang cuba mengambil kesempatan daripada kesempitan orang lain (baca: pelajar malaysia). Rujuk sini.

LANGKAH MENUJU PENYELESAIAN

Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara Republik Indonesia sejak sekian lama. Pada sekitar tahun 70-an, Malaysia pernah menagih simpati Indonesia untuk mengirim tenaga profesionalnya dalam membantu melaksanakan projek pembangunan negara. Hubungan antara dua negara ini ibarat air yang dicincang takkan putus. Saya akan menceritakan langkah-langkah awal bagi menurunkan harga yang terlalu tinggi di (IO) itu.

Pertama, mempertahankan, bukan memperparah. Saya tidak bersetuju dengan sikap gopoh segelintir ahli yang memilih untuk ’menyerang’ (IO) secara peribadi. Perlu diingatkan bahawa tanpa adanya people power atau political will, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa. Bahkan, hanya menimbulkan keadaan yang lebih acute. Dalam hal ini persatuan akan bertindak untuk mempertahankan apa yang ada iaitu SKLD pelajar FK USU dan segala urusan imigrasi pelajar FKG USU, IAIN-SU dan UNIMED.

Kedua, menyerahkan pada mereka yang berautoriti. Persatuan sedang berusaha membawa isu ini ke peringkat atasan iaitu Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia (JPMI) di Jakarta yang bertanggungjawab atas kebajikan rakyat Malaysia di Indonesia. Kita akan menyerahkan segala dokumen dan hal-hal yang berkaitan kepada mereka bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Isu ini juga akan cuba diketengahkan dalam kongres PKPMI Pusat yang bakal diadakan dalam waktu yang terdekat ini.

Walaubagaimanapun, ahli yang berkaitan perlulah mencari inisiatif disaat berhadapan dengan situasi sebegini. Persatuan akan menyokong segala tindakan pelajar tajaan negara samada JPA, MARA, FELDA, ATM dan lain-lain untuk memohon elaun tambahan. Tabung Kebajikan PKPMI juga akan segera dibentuk bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar. Kami turut menyarankan kepada semua ahli supaya berjimat cermat dalam berbelanja dan mengurangi segala aktiviti yang kurang berfaedah. Bak kata pepatah, hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.

Dari kiri; Amsyar bin Mohammad (YDP PKPMI-CM) dan Ahmad Aizatnur bin Zakaria (NYDP PKPMI-CM) dalam Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah di Yayasan Pengembangan Persahabatan Indonesia-Amerika (YPPIA).

Motto kami: ”Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan”

Wallahua’lam.


7 comments:

Anonymous said...

salam ziarah.. barakallah atas artikel yg m'bincangkan isu hangat masa kini, moga antum tsabat dan istoqomah di jalan ini, untuk keluar dari 'secularism' kpd islam... moga pembacaan antum lebih tsaqafah ttg RUU BHP, mg byk respon dan reaksi masyarakat yg beragam atas pengesahan RUU BHP... "Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

Terima kasih atas perkongsian link nya.

Saya kurang bersetuju dengan kenyataan anggota DPR PKS mengenai sokongannya terhadap kebijakan RUU BHP. Analisa singkatnya jelas bersalahan dengan realita yang berlaku dalam masyarakat Indonesia kini. Nyatanya, mahasiswa terus dibebankan dengan yuran yang mahal dan karenah birokrasi.

Pendidikan adalah tanggungjawab negara sepenuhnya. Murah dan percuma. Khalifah Usman dan Umar memberikan gaji kepada para guru, muazin,iman solat jemaah. Khalifah umar memberi gaji tersebut dari pendapatan negara (baitul mal).

Anonymous said...

harap PKPMI dapat menyelesai masalah FK USU...lega sikit kita org kat sini. jgn tau cakap ja ok. terima kasih dan lakukan tanggungjawab anda dgn baik k.

Ya, akhirnya ada respon dari pelajar USU. I'allah pihak pimpinan PKPMI akan berusaha sedaya yang termampu. TQ

Anonymous said...

Sabar saudara aizat... teruskan perjuangan!

salam..

mengenai isu IO ni..
sbnrnya sampai skrg masih tdpt mslh..
mungkin krn skrg musim mahasiswa renew izin belajar n KITTAS..
jd lambakan surat2 fakultas di IO dpt menyebabkan kekeliruan..

bbrp hr lepas saya ke IO ade bbrp student merungut (sy dgr ja).. surat2 mereka yg dh lebih dr sebulan buat tak siap2 lagi..
bkn apa.. kan surat tu kita dh byr..Rp20rb lg.. kalau Rp5rb bleh consider lg la.. tp still lmbt siap..
pengurusan IO nampak agak serabut..

ttg surat bebas fiskal tu.. kurang ngerti.. bs dfotocopy ya..? atau setiap kali mw pulang mesti buat yg baru..?

apa2 pun.. terima kasih kerana manjalankan tugas dengan baik..

Aizatnur said...

Begitulah yang disebut sebagai karenah birokrasi yang mengarut.

First of all, kita harus sedar bahawa kita berada di Indonesia. Antara terbesar rasuah taraf dunia.

Pihak PMUSU telah mengadakan meeting dengan dekan 3 tentang masalah itu.

Tindakan yang paling penting sekarang adalah mendapatkan resit sebagai bukti pembayaran setiap kali berususan di kantor tersebut.

Berkenaan fiskal, boleh di fotokopi sahaja. bermaksud, kita hanya sekali sahaja buat surat fakulti sampai bila-bila.

K, tq atas dokongannya.

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.