Kenapa pelajar sains WAJIB mengaji?

Sekembalinya dari bertalaqi kitab di Madrasah Baitul Qurra’, sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang mendalam dihati saya dan beberapa orang sahabat seperjuangan yang sukar untuk dilupakan. Program Pengajian Intensif selama seminggu* dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah seputar perbahasan ilmu aqidah- Awwaluddeen ma’rifatulllah.

Mudir madrasah, al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail merangkap Ketua Dewan Ulama Melaka gembira dengan kehadiran kami yang terdiri dari pelajar perubatan, pergigian dan kejuruteraan. Beliau sungguh bersemangat menyampaikan mutiara-mutiara hikmah dalam setiap sesi kuliahnya.


Team pengajian bersama Ustaz Zulkifli (tengah).
Masing-masing kami dari disiplin ilmu yang berbeza


Memang benar!

Pengajian di Pondok begitu menekankan aspek akhlak dan adab dalam mentarbiyah para muridnya. Konsep manhaj rabbani itu bukanlah ‘belajar untuk mengkaji’ seperti yang ditekuni oleh para orientalis di bidang teologi, melainkan ia adalah ‘belajar untuk mengamalkan’ sepertimana yang cuba dijelaskan oleh Syed Qutb dalam Ma’alim fi at-thariq nya.

Bukan menjadi tujuan sebenar saya untuk bersyarah agama di ruangan ini. Saya ingin mengajak para sahabat dan pembaca blog sekalian yang jauh lebih baik amal kebaikannya daripada saya supaya mempelajari ilmu agama walau dimana jua.

"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


ILMU-ILMU YANG ASASI LAGI PENTING

Anda bakal mendapati seorang muslim yang mahu membaca sekelumit sejarah Islam, namun pada waktu yang sama dia lalai membaca buku-buku lainnya. Anda juga menjumpai mereka yang tekun membaca berkenaan konspirasi musuh islam, namun malas membaca kitab lainnya. Ketahuilah wahai sahabatku, sesungguhnya ilmu itu datang dahulu daripada amal perbuatan.

Lebih malang lagi disaat anda menemukan seorang muslim yang dibuai mimpi indah bersama naruto, Prince hours dan Bed time stories.

Said Hawwa menulis dalam Jundullah thaqafatan wa akhlaqan dengan membatasi 12 ilmu pengetahuan islam yang wajib dimiliki oleh seorang muslim sebagai berikut:

1. Ilmu ushuluts-tsalasah (keimanan)
2. Al-kitab dan ulumul hadith
3. As-sunnah dan ulumul hadith
4. ilmu ushulil fiqh
5. ilmu akidah
6. ilmu fiqih
7. ilmu akhlak
8. Sejarah Islam
9. ilmu bahasa arab
10. ilmu yang membahas konspirasi terhadap musuh islam dan umat islam
11. kajian islam kontemporer
12. ilmu teknik berdakwah

Ilmu-ilmu ini wajib diketahui dan dipelajari lebih-lebih lagi para petugas dakwah kepada Allah Swt secara autodidac dan talaqi bersama para ulama’ yang ahli dibidangnya. Sekurang-kurangnya mengetahui dengan kadar minimum dari setiap dasar ilmu pengetahuan islam dan setiap cabangnya.

Secara automatic, dia akan mampu berjalan dengan mata yang terbuka dalam proses penyelamatan umat Islam ini daripada cengkaman ideologi secular, zionis, atheis, dan orientalis.

KAJIAN MISSIONARIS-ORIENTALIS

Saya akan menyenaraikan beberapa tokoh orientalis yang melancarkan serangan terhadap Islam secara bertahap. Muslim yang antibodinya kurang dan lemah, pasti akan mudah terjangkit dan terserang kanser keraguan dan kekufuran.

Athur Jeffery menulis The Quest of the Historical Mohammad, di mana ia berani menyebut Nabi Muhammad saw. sebagai ‘ketua perompak’ (rober chief). Usaha Jeffery tersebut diteruskan oleh F.E Peters.


Ignaz Goldziher, Margoliouth, Schacht, Cook dan pengikutnya menekuni bidang hadith sehingga menyamakannya dengan tradisi apokrypha dalam sejarah kristian atau tradisi Aggada dalam agama yahudi. Mereka beranggapan bahawa dari sekian banyak hadith hanya sedikit sahaja yang sahih, manakala sisanya adalah palsu.

Karl-Heinz Ohlig, guru besar teologi Universiti Saarbucken, Jerman menganggap Al-Quran adalah sama dengan Bible.

Christoph Luxenberg menyatakan bahawa Al-Quran hanya dapat difahami apabila dibaca konon mengikut bahasa asalnya iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam dialek Syriac). Beliau sempat diundang memberikan ceramah di Universitat des Saarlandes mengenai “Pengaruh bahasa Aramaik terhadap bahasa Al-Quran”. Disamping bertugas sebagai pensyarah, ia juga aktif menulis untuk media masa.

David Samuel Margoliouuth misalnya turut meragukan autentik hadith. Alasannya kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa hadith telah dicatat sejak zaman nabi Saw, dan kedua kerana lemah daya ingatan perawinya. Namun telah dijawab oleh Sayyid Ahmad Khan dalam esei-eseinya.

Perhatikan diluar sana, penghinaan terhadap islam dibina dengan kerangka keintelektualan yang kukuh malah jauh lebih besar dan bahaya lagi. Seolah-olah mereka berkata kepada umat islam,

“Look, we know better than you do!”

8 comments:

Ana setuju bahawa pelajar-pelajar dlm bidang sains tidak harus terlepas dalam usaha mendalami ilmu agama dan cabang2nya sebagaimana yg disebut oleh Syeikh Said Hawa dalam menghadapi masalah ummat yg semakin kompleks pada hari ini. Sebenarnya kita telah tertipu dan terperangkap dlm sistem pendidikan barat yang bersifat sekular, memisahkan antara kajian sains (yakni kajian alam yang bersifat sunnatullah) dan ketuhanan yang kita imani. Maka wajarlah, malaupun kita belajar tentang kehebatan sistem imuniti tubuh, namun jauh sekali di dalam lubuk hati kita utk merasakan akan kehebatan Yang Maha Menciptakan sistem imuniti tersebut. Serangan falsafah berbentuk sekularisme ini amat membimbangkan kita kerana ia akan melahirkan golongan 'intelektual muslim' (kononnye) yang akan menyelesaikan masalah ummat bukan menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahkan terikut-ikut dengan kaedah barat yang telah lama meninggalkan tuhan. Ana cadangkan kaedah yang paling praktikal yang dpt diambil oleh kita, pelajar2 sains, adalah dengan meluangkan masa, walupun seminggu, cuti semester kita atau cuti2 lain utk mengaji dan bertalaqi dengan ulama' yang benar2 berada di atas landasan perjuangan yang sebenar. Paling kurang kita khatam kitab2 tersebut di bawah bimbingan ulama' yang 'alim agar kita tidak menjadi golongan yang 'tahu tapi tak tahu' (golongan yang belajar tanpa berguru) sehingga dikertawakan oleh masyarakat kerana sikap mereka yang 'buat2 tahu'. Semoga masa depan Malaysia dalam melahirkan sebuah negara Islam dapat tercapai dengan lahirnya sejumlah bilangan ulama' yang dalam pengertian umum dan khusus (baca tentang pembahagian ulama' dalam buku Ancaman Bahaya Sekular: Ust Zulkifli Ismail) serta pada masa yang sama tidak meninggalkan jihad umum dan khas (sila baca pembahagian jihad dalam kitab Risalah Jihad: Ust Zulkifli Ismail). Yakinlah masa depan pati milik Islam, cuma tergantung pada diri kita, hendak menjadi penontonnya, atau pesertanya.

Aizatnur said...

Persoalannya, bagaimana pelajar sains ini mahu tersingkap makrifah (ilmu mengena Allah) klu ilmu asas yang dipertahan ulama zaman berzaman ini ditinggalkan?

Lebih menyedihkan apabila ramai yang menganggap ilmu asas islam ini sbg ilmu kelas kedua!

Sungguh walau islam menang di malaysia sekalipun ia masih jadi bahan ketawa musuh-musuh islam. Justeru proses mengisi kemenangan akan jauh lebih sulit lagi.

memang benar & tepat sekali...

tiada makna walaupun Islam menang di malaysia, namun umat2 Islam tidak faham apa itu Islam sebenarnya...

Umat Islam dewasa ini bila diimbas balik, tidak ubah seperti zaman jahiliah dahulu, beragama kerana mengikut tradisi nenek moyang(maaf kalau terkasar,namun itulah realitinya,hanya taklid semata-mata)...

Kembalilah wahai umat Islam, kembalilah, kembalilah kepada Islam yang asal... mulakan dari diri sendiri dahulu, InsyaALLAH Islam akan kembali gemilang

walaupun begitu,saya juga berpandangan,untuk mengebalikan kegemilangan Islam,siasah juga memainkan peranan ug amat penting berbanding tarbiah.

Tarbiah mengambil konsep bermula dari bawah untuk memuncakkan kegemilangan Islam. Sedangkan siasah ia mengambil posisi atas.

Apabila Islam berkuasa dari sudut siasah atau politik, maka Islam mudah untuk menguasai pemikiran masyarakat untuk berkiblatkan Islam sepenuhnya...

secara hukum adatnya, untuk memaknakan Islam di dlm diri setiap individu,kemenangan Islam juga amat penting...(in conclusion, nak x nk, untuk mendaulatkan Islam, secara totalnya pentadbiran dan pemerintahan perlulah berdasarkan Islam)

p/s:kalau salah sila betulkan...

jadi kesimpulannya,kemenangan Islam itu akan bermakna sekiranya umat2 Islam memahami apa itu Islam yg sebenarnya & untuk memahamkan Islam secara sepenuhnya, umat Islam seharunya meletakkan islam di tahap yg paling tinggi umpamanya melalui siasah(politik)...

Aizatnur said...

Al-Banna menegaskan, "Ia (Islam -- Red) adalah sikap moral, kekuatan, kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, hukum, ilmu dan pengadilan. Ia adalah kebendaan, kekayaan, usaha dan keperluan. Ia adalah jihad dan dakwah atau antara dan gagasan. Ia juga akidah yang benar dan ibadah yang betul, ibarat satu koin dengan dua wajah."

Aizatnur said...

Ada banyak juga peneliti orientalis yang mengaku sendiri bahawa rasulullah adalah antara tokoh politik yang ulung.

So, kalau ada orang islam sendiri yang kata tiada politik islam maka dia mesti kembali mempelajari agama yang syumul ni.

tak pun pergilah ke baitulqurra, tadah kitab. huhu~

"tak pun pergilah ke baitulqurra, tadah kitab. huhu~"

heheheeee... tadahlah kitab demi ALLAH...

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.