Pengalaman kena saman di negara umat islam terbesar di dunia, Indonesia

Petang itu saya dengan teman serumah, Wanju (b.n.s) pergi ke Carefour, Plaza Medan Fair untuk membeli-belah. Maklumlah, awal semester. Dan seperti biasa, saya akan duduk membonceng dibelakang motor Wanju. Malas nak memandu ditengah Kota yang ibarat litar Sepang itu.

Sampai di simpang lampu isyarat Jalan Iskandar Muda, Wanju menekan brek motor VGR merah lamanya. Berhenti sekejap. Belum pun sempat lampu hijau menyala, beberapa buah kenderaan dihadapan sudah memecut laju. Buta warna barangkali. Bunyi hon angkot-angkot dibelakang pula cukup membuat telinga saya merah. Terakhir, kami akur dan ikut saja kenderaan dihadapan.

Tiba-tiba, muncul dari bawah pokok tiga lembaga berhelmet biru putih dan berbaju coklat menahan motor kami. Aduh, bapak polisi rupanya! Dua ke tiga motor berjaya ditahan dan yang lainnya lolos.

“Tunjuk sim (lesen),” minta Pak Polisi yang berwajah bengis itu.

“Tidak ada pak,” jawab Wanju gugup.

“Waduh, sudahlah nerobos (langgar) lampu merah, sim juga enggak ada, bagaimana sih kamu?,” lakon Polisi berketurunan Batak itu walaupun sudah maklum dengan gelagat orang-orang disini. Jangankan lesen, kad pengenalan saja belum tentu ada.

“Ya udah, aku bantu kau. Kasi sama aku Rp100 000 (RM40). Kalau enggak, keretanya (motor) aku ambil,” tegas Pak Polisi memberikan penyelesaian.

KAPITALIS

Wah, hebat! Belum pernah saya dengar denda kesalahan lalulintas macam ini. Oh, saya faham. Kegagalan system kapitalis dunia menyebabkan ekonomi negara-negara miskin terus saja dieksploitasi oleh negara-negara maju, mereka yang berkuasa mula berbuat wewenang, orang kaya menimbun harta, orang miskin pula ditindas dan dibiarkan menjalani kehidupan yang melarat.

HELAH

Menyedari yang iman saya waktu itu tidaklah sehebat Fahri dalam novel “Ayat-ayat Cinta”, saya memilih jalan untuk ‘bersilat lidah’. Mana mahu saya tengok harta saya beredar ditangan para koruptor seperti ini.

“Maaf pak ya. Kami tidak sengaja ngikut mobil yang di depan tadi,” jelas saya ringkas.

“Ah, pintar kali kau bercakap ya. Mau bayar atau tidak?” ucap Si Polisi tegas sedikit keras. Kunci motor direntapnya.

“Tidak bisa, kami cuma anak mahasiswa Pak. Wangnya cukup-cukup untuk biaya kuliah aja. Tentu bapak punya anak yang masih kuliah juga kan? Kita damai aja ya.” saya membalas dengan nada lembut sambil mengeluarkan dompet koyak dengan beberapa helai duit kertas Rp1000 (40 sen) di dalamnya. Skill lama senior-senior.

“Orang apa kau? Jelek kali suaranya,” soalnya. Nadanya seperti curiga sesuatu.

“Nyong iki wong jowo pak,” saya menyahut dengan dialek Jawa.

“Apa orang jawa sana semuanya nerobos lampu merah?” sindirnya.

“Tidak juga pak, mungkin cuma saya aja,” saya ketawa.

Kalau sekadar bercakap bahasa Jawa sikit-sikit insya Allah tidak terlalu susah. Malasnya, kalau ia tahu saja orang Malaysia, mungkin dengan dompet saya sekali kena kebas. Macam polis Malaysia juga bila tahan pekerja asing indonesia. Padahal keduanya sama-sama negara serumpun umat islam, sama-sama tidak adil.

Nasionalisme. Fenomena yang dulu cuba saya sampaikan.

Kami meneruskan perjalanan setelah dipaksa juga membayar ‘saman’ sebanyak Rp20000. Dan kalau ia diringgitkan bernilai RM7. Serba salah dibuatnya.■

Wallauhua'lam

17 comments:

Anonymous said...

kenapa ko membayar juga rasuah kepada polisi 2? kenapa x biar saja kena saman? apa hukumnya rasuah.. Dah tahu bawa motor kenapa x buat sim? adakah itu contoh yg baik itu seorang muslim? melanggar peraturan.. dan ko memang benar org jawa ? atau ko org malaysia? apa hukum orang yg menipu? dari case ko x salah ka menipu,melanggar peraturan dan rasuah yg ko dah lakukan.....

Anonymous said...

kalo ko benar2 nak memnghapuskan masalah rasuah ni, ko sendiri harus lakukannya sendiri dahulu....nasihat aku kalo dah kena saman terima lah dan jangan lakukan rasuah seperti yang kamu dah lakukan...ok..nasihat sesama umat muslim...kita yg harus berubah dahulu..ok

Anonymous said...

ohh...pembonceng atau pemandu yang kene saman pak? atau kedua-duanya sekali? klu di indonesia rasuah mahu direport sama siapa? apakah ongkos mahkamah yg menelan belanja wajar digunakan utk perasuah yang hanya mengambil RM7? Sedangkan dalam Islam pun kadar hasil curi tertentu yang wajib disabitkan dengan qsas.

Aizatnur said...

Subhanallah. Iman ku memang tidak sekuat sdr anonymous. Terima kasih atas nasihat.

Pertama.
Saya mmg sudah lama mempunyai lesen versi Indonesia. Walau orang indonesia sendiri banyak yang tidak punya. Dalam kes ini, saya bukannya pemandu.

Kedua.
Sistem saman diindonesia sendiri tidak jelas. Ketika itu saya ditawarkan sama ada bayar Rp100 000 pada dia atau motor ditarik. Silakan sdr pilih.

Aizatnur said...

Ketiga.
Kalau nk elak fitnah rasuah di antara negara terbesar rasuah ini boleh. Tapi elakkan juga kad kredit, elak pembelian kereta & motor secara ansuran, elak bunga bank, elak amanah saham, elak skim cepat kaya, elak rasuah pada preman (samseng), elak wang keamanan dan seribu satu macam kezaliman lagi.

Keempat.
Saya memang orang Jawa.

Jgn risau, kami tidak akan pernah berbangga atas kesalahan2 yang lepas. Sebab itu pengalaman ini ditulis. Bukan hanya sekadar mahu membuka pekung didada.

Itu lebih baik daripada sembang berapi tentang kelebihan amal diri sendiri untuk dipertonton. Ws

Anonymous said...

Setahu jelas sistem saman kalo anda mengambil surat saman dari polis tersebut, xkan ada sebuah negara yang sudah merdeka x mempunyai sistem kepolisian yang jelas.Kalo benar2 nak jadi contoh seorang muslim yang baik,tunjukkan,buktikan dan baru letak dalam blog seperti ini.jgn cerita yang kamu dah merasuah,apa faedahnya,ok lain kali cerita tentang keberanian kamu untuk jalan yg benar dan kamu dpt mempertahankan?

Anonymous said...

Memang dalam dunia ini banyak kezaliman nya sama juga dinegara malysia.tetapi mesti ada salah seorang kita yang harus lakukan dahulu untuk membentras walaupun ini perkara kecil, dr perkara kecil inilah yg kita harus lakukan dahulu.Betul x pendapat sya sdr? Bagaimana polis yg anda rasuah, tahu akan kesalahannya sampai bila kalo org seperti anda juga rasuah?

Aizatnur said...

Sudah saya tegaskan. Bukan saya mahu berbangga dengan dosa rasuah disini. Jauh sekali nak mengajar orang merasuah. Apa bezanya dengan mereka yang ambil PTPTN, insurans & menyimpan duit di bank konvensional yg jelas berbasis riba itu? Serba salah.

Saya bawakan contoh pengalaman, bukan untuk diikuti tapi untuk dinilai. Ia kisah lama. Sudah jadi nostalgia pun. Fokus pada dampak kapitalisme barat yg mencekik leher rakyat di negara dunia ketiga. Penguasa melakukan kewenangan, rakyat jadi mangsa. Itu sahaja.

Namun, terima kasih atas komen sdr anonymous yang panas :)

Aizatnur said...

Saya telah mendelete beberapa komen yang saya kira kurang akhlaknya. Jika ada masalah, sila tinggalkan email. Ruang diskusi terbuka luas asalkan bertujuan untuk mencari redha Allah. Jangan hanya gemar mendengar berita dari mulut ke mulut orang. Sila rujuk surah ke 49 ayat 6 tentang perihal ini.

Berkata Saidina Ali, "Undzur maa qoola, walaa tandzur man qoola" (lihatlah apa yang dikatakan, dan jangan kau melihat siapa yang mengatakan)

Anonymous said...

Tidak wajar bagi seorang mu'min menuduh tanpa mengemukakan bukti yang jelas...

Teringat pengajaran Ustaz Fazdi dulu, "Kalau mereka terasa, Itulah Hikmah."

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, serta bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (An-Nahl: 125)

Aizatnur said...

Sy masih tersinggung dengan 1 komen..

Terima kasih kerana sudi memilih untuk menyerang saya peribadi dan memalukan saya tanpa mahu berlaku adil. Semoga Allah shj dapat membalasnya.

reminder_ki@yahoo.com
+628566234289
[Saya masih menunggu..]

wallahua'lam..

Anonymous said...

maaf kan saya karna menyinggung perasaan saudara... lain kali jagalah diri saudara baik2 supaya jgn sampai kelakuan saudara sendiri dapat menyinggung perasaan org lain tanpa di sedari saudara...ok sampai disinilah kongsi pengalaman kita...Terima kasih atas kerjasama yg diberikan kepada saya...
Sehingga ketumu lagi...anonymous
Wallahua'lam..

salam. Ah..panas comment post kali ni.Apapun kita tetap hamba Allah

qamarunnajmi said...

yaALLAH..
panas gak ruang kat cinie..
pernah juga kudengar komen sebegitu..
kritik memang senang tapi utk praktikkan susah..
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu" surah albaqarah:216

mantaP said...

Medan di Indonesia seblah Sumateta Utara (SUMUT).. SUMUT tu istilah org di medan 'semua urusan mesti uang tunai' !!!..

Aizatnur said...

Sdr anonymous, maaf mu di terima. Jika sdr punya kelapangan waktu, silakan baca artikel-artikel saya yang lain.

mantaP, confirm orang gang haji arif nih. Ijtihad ana waktu tu adalah menyelamatkan diri dari kezaliman.

harimau said...

wah panasnya, kalah melodi kat tv3 nih.

sy dulu pun pernak juga kena tahan dgn polis atas kesalahan yg saya tak sedari. sy fikir lorong khas kekiri hanya utk angkut jer. jd saya tggu lampu hijau baru saya jalan kekiri. sekali kena tahan dgn pak polisi..

saya kasitau yg saya xfaham dgn jln kat sini. tp pak polisi terus cabut kunci dan berjalan ke pondok polisi. saya diminta pasport dan sim. passport sy waktu tu dihantar ker imigrasi utk memohon ERP. terus sy diakata tak ada bukti masuk ke indonesia secara sah. dan sim, saya memang tak ada, dan itu adalah kesalahan saya sendiri.

sya diberi pilihan sama ada motor ditahan dan menghadiri perbicaraan atau menitipkan wang denda sebanyak rp290,000. memikirkan cuti utk pulang ke malaysia tggl beberpa minggu, dan moto yg saya pinjam dr teman sgt perlu bg kegunaan pemilik, saya bersetuju utk menitipkan saman.

tapi wang dalam wallet saya dan penumpang dibelakang cuma ada rp120,00. pak polisi setuju dgn jumlah tersebut.

pulang dirumah sy terfikir dan faham bahawa apa yg saya baru lakukan adalah rasuah. tapi saya tak mampu utk tidak melakukannya..

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.