KETIKA CINTA BERTASBIH

Bertanding bola jaring dilapangan bola jaring. Bermain badminton tentu saja di lapangan badminton. Kalau bermain bola jaring dilapangan badminton atau sebaliknya, pasti akan kacau.

Begitulah nasib aktivis islam nusantara. Maksud hati ingin mendambakan sebuah filem versi islami yang diadaptasi dari novel mega best seller Ayat-Ayat Cinta (AAC), apa daya yang tersedia adalah filem islam ala liberalisma, karya seni Hanung Bramantyo. Akibatnya jelas, fikiran umat islam sendiri yang dikelirukan. Selain dikritik oleh kelompok aktivis islam fundamental, Habiburrahman El-Syirazy Sang penulis novel sendiri turut menyatakan rasa kesalnya.

Itulah yang terjadi.

(Film Ketika Cinta Bertasbih)

Namun atas kehendak Allah Swt., munculnya mega film ‘Ketika Cinta Bertasbih’ (KCB) yang bergenre sastra islami pada 11 Jun 2009 seolah-olah mengubati kerinduan kaum muslimin terhadap filem-filem bermutu. KCB merupakan filem kedua yang diangkat berdasarkan novel dwilogi best seller Habiburrahman El-Shirazy, setelah AAC.

Adapun, tak salah untuk saya katakan bahawa filem KCB adalah sebuah karya seni terbaik yang dinanti-nanti oleh jutaan kaum muslimin khususnya di Archipelago Melayu. Ia adalah strategi reedukatif (re-educative strategy) menerusi pembentukan pandangan alam atau worldview, kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bernuansa islami.

KOMENTAR SAYA TERHADAP FILEM KCB

1. KCB merupakan antithesis dari apa yang disampaikan dalam filem AAC

Filem AAC dilihat sebagai pro status quo dengan mengekalkan ajaran liberalisma. Konsep pernikahan tanpa bercouple digambarkan bakal mengundang penyesalan dikemudian hari. Poligami pula dinilai sebagai black campaign terhadap islam. Maka, di filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima tunangan Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.

Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”

Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”

2. KCB memotivasi pemuda islam agar bersiap sedia menjalani masa depan dengan keazaman tinggi.

Pesan lainnya dari filem ini adalah bagaimana perjuangan seorang anak muda melalui karakter Azzam untuk menggapai kejayaan. Cerita yang dapat menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung.

"Jangan hanya mahu jadi Pegawai Kerajaan. Jualan tempe dan bakso (bebola daging) sebagaimana ditampilkan dalam film ini bila ditangani profesional pasti menjamin masa depan," kata penulis novel Ayat- Ayat Cinta yang difilemkan pada tahun 2004 itu.

3. Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.

Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”


(Trailer KCB. Mari kita bandingkan dengan filem melayu)

Ketika Cinta Bertasbih adalah filem yang sangat bagus. Ia berjaya memadukan dakwah, tema cinta, dan latar belakang budaya suatu bangsa.

Sosok ‘HAMKA kecil’ dikatakan sudah muncul di Indonesia. Apakah ‘Hamzah Fansuri Zaman Moden’ bakal lahir di Malaysia pula? Mampukah penulis semisal Ustaz Hasrizal, Faisal Tehrani, Fatimah, dan lain-lain menghembuskan ‘angin perubahan’ terhadap Industri Filem Nasional?

Oleh: A.MUCHLIS

Rujukan:

  1. Ketika Cinta Bertasbih (Masalah Poligami Yang Beda Pandangan)
  2. Akademi Lakonan Muslim
  3. Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2
  4. Ketika Cinta Bertasbih Ajarkan Kemandirian

11 comments:

qamarunnajmi said...

byk karya-karya novel ala-ala islamik dr seberang..terlalu sedikit karya yang dihasilkan di malaysia..apa yang boleh dilihat dari kebykn novel yang berunsur islamik,byk ketengahkan tentang cinta sesama manusie kerna ia satu fitrah yang tidak dpt dielakkan..namun bg novel ketika cinta bertasbih ia berjaya mengetengahkan aspek "bagaimana cara menggunakan fitrah cinta dengan baik", "bijak membuat keputusan", dan "menyebarkan dakwah secara tidak spontan walau dia seorang penjual tempe". kalau kita lihat dari sudut profesional dan logik mampukah kita seperti khairul azzam. 7tahun menjual tempe dan masa sgt terhad untuk belajar. tapi bagi dia tidak menjadi maslh kerna ilmu bukn diukur melalui nilai ujian. hasilnya ia mampu menjadi seorang pendidik yang berjaya dan dikagumi masyarkt kerna dapt menghuraikan byk aspek2 hukum dengan baik walau beliau bukn seorang yang dikenali pelajar cemerlang waktu di mesir. so peperiksaan secara bertulis tidak menjadi ukuran untuk menjadi golongan yang cendekiawan dan cerdik.

mungkin novel ini boleh menjadi satu rujukan utama bg golongan yang gagal mengamalkan fitrah cinta yang dikurniakan oleh ALLAH.

"mungkin novel ini boleh menjadi satu rujukan utama bg golongan yang gagal mengamalkan fitrah cinta yang dikurniakan oleh ALLAH."

Saya setuju dengan dik Kak Sau.

ummu mujahidah said...

allah yubarik fik yabunayya...

trima kasih atas doanya.
selamat bertandang ummu mujahidah :)

Unknown said...

oo best ker crita nih, sy x tgk pun lagi, nanti nak tgklah.

Tengok la beramai-ramai. kalu boleh booking satu bioskop tu, then asingkan antara laki dan perempuan. huhu~

Unknown said...

insyaAllah nanti sy gi tgk, tp ada tayang lagi ker ek.
hmm cam susah jer nak asing laki pompuan hehe =p

Anonymous said...

MAAF ANDAI SDH TRLWAT MMBRI KOMEN, saya kira kcb bkn naskah y trmanis u panduan mrk y brcnta,
antara inti pati y perlu d ttik beratkn pnulis, berusaha agar roh2 khayalan itu jauh dr garapan karya mrk, biar warga manusia mengenal makna cinta y haq,, cinta Allah,, bg saya, lwt akhir2 ini jiwa2 mulus remaja d sogokkn dgn cinta y brsandarkn agama,, apa y lbh,nah sudah ada jwp nya pst cinta manusia y lbh... tidak saya nafikan ,garapn ini amat bgus u mengisi kkosongan, tp bkn u panduan, beranikan berbicara ttg cinta tuhan,, hayati haqiqat penurunan kita,,- sekadar pndangn- perawan seni~

A.Muchlis said...

Akhirnya ada seorang comentator yang memiliki cara pandang yang sama dengan saya.

Terima kasih atas komentar yang saya nanti-nanti

Tapi saya tak dapat hurai lanjut berikutan 2 minggu ini saya ada ujian di fakulti.

Gembira bertemu dengan sdr anonymous. i'allah nnti saya tuangkan pemikiran saya..

Ws.

Anonymous said...

ya, terima kasih, salam imtihaan,
- perawan seni~

Perawan Seni,

Terima kasih atas doanya. Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan aidhan!

KCB bukan naskah termanis buat pemuda-pemudi islam yang bercinta. Bukan untuk PANDUAN UTAMA mereka yang bercinta. Ia sekadar MENGISI KEKOSONGAN, ditengah menguatnya arus liberalisasi dalam dunia perfileman tanah air. Saya setuju atas pandangannya. Setuju sekali.

Mungkin kita boleh beri saranan pada Kang Abik supaya menulis "Novel KCB III". Sambungan cerita berkenaan kehidupan suka duka sebuah Baitul Muslim dalam menegakkan hukum Allah Swt. di Indonesia. Membangun Mujtama' Muslim, menegakkan Daulah Islamiyah, dan membina Khilafah Islamiyah. Diselitkan juga unsur keharakian seperti kisah perjuangan As-syaheed Hasan Al-Banna, As-syaheed Syed Qutb, dan Zainab al-Ghazali. Tak lupa juga dikombinasi dengan unsur jihad seperti kisah para syuhada di bumi Palestina sana.

Mudah-mudahan masyarakat dapat menghayati haqiqat penciptaan sebagai khalifah Allah (2:30). Justru nur cinta Tuhan akan berkilau dengan begitu TERANG dan NYATA melebihi cinta Makhluk. =)

Wallahua’lam. ~Sekadar pandangan akal yang terbatas ini juga~

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.