Research and Education Group

Perasmian penubuhan Medical Research Group (MRG) dan Medical Education Group (MEG) Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPM-CM) di Aceh Sepakat pada 12 April 2009. klik disini

Menyedari kepentingan dalam meningkatkan mutu pendidikan pelajar Malaysia yang menuntut di Medan Indonesia, persatuan induk pelajar (baca: PKPMI-CM) yang diterajui oleh barisan kepimpinan yang baru telah mewujudkan dua unit yang baru iaitu Medical Education Group (MEG) dan Medical Research Group (MRG), sejajar dengan motto persatuan pada tahun ini, “Gembleng Kekuatan, Pasak Keilmuan”.

Unit MRG & MEG yang berada dibawah kelolaan Ketua Biro Pendidikan & Penyelidikan PKPMI-CM, saudara Amir Kamaruzzaman bermatlamat membuka ruang seluasnya kepada para pelajar untuk bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, dan penyelidikan dibidang perubatan pergigian sejajar dengan prinsip agama.

MENGUBAH PERSEPSI

Pada tahun ini, persatuan berusaha mengubah persepsi tradisi pelajar terhadap fungsi persatuan itu sendiri. Persatuan bukan hanya futsal. Persatuan bukan hanya dinner. Persatuan bukan hanya solat hajat. Persatuan bukan hanya menguruskan imigrasi. Persatuan adalah satu wadah, berperanan melahirkan pelajar yang berakhlak tinggi, berkompetensi dalam kerjaya, dan mencapai tujuan tertingginya iaitu keimanan kepada ALLAH tanpa menghalang mana-mana pelajar bukan muslim untuk mengamalkan ajaran agamanya masing-masing.

Lihat Perlembagaan PKPMI Bab II Asas dan Tujuan Fasal 5,

“Persatuan ini berdasarkan pada pendidikan, persahabatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan berteraskan pada NILAI-NILAI ISLAM dan Ideologi kebangsaan Malaysia (Rukun Negara).”

Seminar Karya Tulis Ilmiah: Program No#1 Medical Research Group (MRG PKPMI-CM) Anjuran Bersama Unit Scorer PEMA FK USU yang mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar Malaysia dan Indonesia.

AKAR PERMASALAHAN YANG PERLU DISELESAIKAN HARI INI

Sekarang kita bertanya, bagaimanakah komitmen pelajar disini terhadap program spiritual agama dan aktiviti ilmiah?

Faktanya adalah hanya beberapa kerat pelajar yang hadir ke program Usrah Gabungan BADAR. Festival Nur-Islam (I-FEST 09) yang sarat dengan nilai ESQ nya kurang mendapat sambutan berbanding Annual Dinner yang cenderung kebarat-baratan. Pertandingan Futsal jauh lebih gah berbanding program khidmat masyarakat, training, dan juga seminar. Ini belum termasuk aktiviti underground seperti karaoke, coupling, dan lainnya.

Namun, saya tidak ‘menuding jari’ kepada pelajar sebagai punca permasalahan. Ketahuilah bahawa hal ini disebabkan oleh penjajahan golongan imperialis barat dalam form yang baru atau sering disebut sebagai serangan pemikiran (ghazwul fikri). Di tengah lesunya gerakan dakwah, sekularisme menyusup dalam akar ideologi pelajar khususnya muslim atas nama globalisasi (globalization), pembangunan (development) dan lain-lain. Kita dapat menyaksikan akhlak pelajar yang mengalami transformasi secara mekanik ke arah kehidupan yang bersifat hedonistik. Kenyataan ini diperkuat oleh pengamatan bahawa di era moden ini, orang boleh sahaja beragama tanpa beribadah, mengaku beriman tanpa beramal, believing without belonging.

TERAPI

Saya khuwatir jika kita gagal mendiagnosa ‘penyakit’ serta menyediakan terapi bagi mematahkan serangan saraf (psywar) ini, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada masa depan agama, masyarakat dan Negara.

Sehubungan dengan itu, strategi kebudayaan amat diperlukan disaat berhadapan dengan tantangan global ini. Pertama, peranan persatuan pelajar. Setiap biro, perwakilan universiti, badan agama, dan unit kelab kebudayaan hendaklah berganding bahu membentuk human power secara struktural, mempergiat pelbagai aktiviti yang menekankan aspek spiritual dan intelektual. Penubuhan MRG dan MEG, bakti sosial MET, Festival Nur Islam Badar, dan lawatan ke rumah anak yatim oleh KKCM adalah contoh aplikasi yang cukup berkesan.

Kedua, peranan gerakan dakwah. Pelajar muslim yang mempunyai kefahaman tentang islam yang tulen dan terlibat dalam organisasi dakwah haruslah melakukan penetrasi pada massa justeru memobilisasi dan mengendalikan mereka tanpa terperangkap dengan fenomena eksklusiviti kelompok.

Kenangan PKPMI-CM 08/09 bersama anak-anak yatim dalam Program Amal Ramadhan (vital sign examination, dental check up and health education) di Yayasan Al-Fityan School, Medan Indonesia. Aktiviti yang sarat dengan nilai dan budaya islami.

0 comments:

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.