BERKAMPUNG DI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA

(Perpustakaan Universiti Malaya)

Peluang bercuti di kampung memang dinanti-nanti oleh mereka yang berjuang di ‘Menara Gading’. Ada yang keluar berjalan dengan family, melawat saudara-mara, pergi kenduri, berjumpa buah hati, dan tak kurang juga yang menghabiskan waktu cutinya dengan tidur lena di dalam bilik sambil berborak di dunia internet.

Namun, saya memilih perpustakaan sebagai destinasi utama. Destinasi jihad intelektual saya. Dan saya yakin bahwa pilihan saya sama dengan rakan-rakan jama'ah islam, dalam dan luar Negara yang lain. Sama dengan pembaca buku Maalim fi At-Thariq. Sama dengan pembaca buku Usul-Isyrin. Sama dengan pembaca buku Ancaman Bahaya Sekularisme. Sama? Tak mungkin sama. Tidak, ia adalah sama. Ya saya tak ragu, memang sama.

(Prof. Dr. Al-Syeikh Abd Halim Mahmud)

Di sana saya bertemu dengan magnum opus Imam Al-Akbar Prof. Dr. Al-Syeikh Abd Halim Mahmud, mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir yang terkenal iaitu islam wa akal, dan ia sudah di terjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Buku ini membongkar dengan berani, kesesatan segala falsafah, teori, dan ideologi sekular yang ingin memandu kehidupan manusia dari sebab kegagalannya yang nyata dari segi metodologinya dan epistemologinya (nazariyatul ma'rifah).

Baru saya faham mengapa guru saya, Ustaz Zulkifli Ismail dengan tegas menyatakan bahwa seluruh ajaran, ideologi, teori-teori social, dan falsafah yang di pegang oleh kelompok nasionalis sekular dalam Negara ini sebenarnya adalah andaian (speculations) dan tekaan (assumptions) para intelektual semata. (Surah Yunus: ayat 66)

Saya sempat menyalinnya, hasrat untuk dijadikan sebagai bahan diskusi halaqah kami.

(Islam dan Akal)

Buku Imam Al-Ghazali, Tahafut al-falasifah juga tidak ketinggalan untuk saya garapnya. Karya yang terlalu hebat, hingga mampu menutup semua pintu school of thought aliran sesat Yunani yang mendominasi dunia islam pada ketika itu, yang melibatkan masalah ketuhanan atau metaphysics, kata orang sekarang.

(Tahafut-al-falasifah)

Tidak cukup dengan itu, saya juga mengumpulkan hampir setiap tulisan dan pidato Mohammad Natsir, bekas Perdana Menteri Indonesia dan juga pemimpin gerakan islam terbesar dunia iaitu Partai Majlis Syura Ulama (Masyumi).

Perdebatan beliau dengan kelompok nasionalis-sosialis-komunis (Presiden Soekarno) dan perjuangan menegakkan sebuah negara theodemocracy bukannya democracy, telah dimuatkan dalam bukunya ‘Islam Sebagai Dasar Negara’ dan ‘Capita Selecta I & II’. Adalah sangat tidak wajar jika ahli gerakan mahasiswa, yang kononnya intelektual dan terpelajar, belajar untuk mengabaikannya.

(Capita Selekta)

(Islam Sebagai Dasar Negara)

Dari pagi hingga ke malam, saya hanya berehat untuk makan dan solat. Letih memang. Tapi itu belum seberapa kalau nak dibanding dengan perjalanan intelektual para ulama islam zaman berzaman yang bertanggungjawab untuk memelihara akidah umat akhir zaman ini.

Sebelum saya terlupa, Kubral-al yaqiniyyat karangan Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti juga ada. Karya yang menjadi silibus pengajian pelajar Usuluddin di Timur Tengah ini telah membahas secara panjang lebar mengenai titik kekeliruan yang dialami falsafah Barat, bahkan dilalui oleh salah wa aslah Muktazilah serta pendokong konsep ‘illah ghaiyyah Aristotle di kalangan ahli falsafah Islam seumpama Ibn Rusyd.

Banyak buku yang ingin saya huraikan sebenarnya. Tapi tak kesampaian, justeru kerana artikel ini terlalu kecil kapasitinya. Tulisan yang saya anggap keliru seperti hasil titik-peluh Prof. Syed Naquib Al-Attas, Prof. Ismail Raji Al-Faruqi, dan Prof. Kassim Ahmad itu pun ada. Senang cerita, pergi sana sendiri aja deh!

Sekarang saya harus pulang. Selamat tinggal ya perpustakaan UM, semoga berjumpa lagi!

“Ya, selamat jalan,” batu cuba bersuara tapi tidak bisa.



4 comments:

Assalamualaikum. Ahlan wasahlan ke Universiti Malaya :)... baru sedar, selepas beberapa tahun menuntut di menara gading ini, akan kehebatan buku2 yg ada di perpustakaan UM. Selalu mencari buku2 seperti itu di kedai2 saja. tak terfikir untuk menapak jauh ke perpustakaan itu.Malu untuk mengaku.

Apapun, saya setuju dengan pandangan guru anda. Umat Islam perlu barhati-hati dalam menjaring ilmu dan tsaqafah dari intelektual Muslim, apatahlagi jika mereka menerima unsur-unsur falsafah, isme-isme dan teori-teori dari barat atau tamadun-tamadun yang kononnya hebat sebelum ini.

Selamat berjuang di medan ilmu dan dakwah! Harap dapat kongsikan pandangan saudara (w/pun ringkas) tentang buku2 tersebut. Kalau boleh juga, ingin tahu pandangan saudara tentang "islamisasi ilmu" sebagai metod kepada kebangkitan umat Islam hari ini. Ini juga hasil garapan idea dari adik-beradik "al-attas".

Salam perkenalan saudara/i

Insya'allah, saya akan tuangkan pemikiran mengenai wacana islamisasi ilmu yang dianggap keliru itu.

Berkenaan ulasan buku-buku, adalah lebih baik saudara/i mendapatkannya sendiri di perpustakaan UM lalu menghadhomkannya bersama mereka yang ahli.

Saya sudah fotokopi, membaca, dan dalam proses menguasai semuanya. TQ

kartini said...

assalamu'alaikum

pergh! buku yang sangat hebat dan sangat kepingin untuk saya baca. itu buku Tahafut Al-Falasifah! di mana ya boleh dapat buku tu? pergh saya betul2 mau memilikinya! oh ya, yang buku "Islam dan Politik" - Yusuf Qardhawi tu buku abang aizat kan? saya sudah habis baca. best! :) di mana ya buku tu abang aizat beli? boleh tau?

Waalaikummussalam Wbt

Kebetulan, sy sempat fotokopi terjemahan melayu tahafut al-falasifah sewaktu bermukim di perpustakaan UM, cuti kelmarin.

Ada sy bawa ke Medan untuk bahan diskusi.

Tntg buku islam dan politik tu, hampir terlupa pula ada pada dik kaksau, patut la buku tu seperti sudah rindu pada tuannya saja :)

Ada jual di Kedai Muslim rasanya. Diskaun 30% utk 'ikhwah'

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.