SELERA ORANG SEDERHANA

“Kenapa nampak selekeh je ni syeikh? Ketua mahasiswa mesti kena smart,” tegur seorang sahabat Institut Agama Islam Negeri Medan, ketika saya melangkah masuk ke Program Kursus Kepimpinan Organisasi (KPO09) persatuan. Ketika itu di Pusat Pelajar Malaysia, Polonia.

“Wah, nampaknya, student dari IAIN ini handsome dan ganteng semuanya,” saya memuji, niat menukar topic sebenarnya.

Masing-masing tersenyum.

Memang menjadi kelaziman saya hadir ke program-program dengan berpakaian yang seadanya, yang penting bersih dan suci. Saya teringat ketika masih berada disekolah rendah, saya teringin membeli sebuah kereta permainan remote control yang berharga RM99. Jadi, saya cuba merayu pada abah. Abah berjanji untuk membeli kereta mainan itu tapi dengan syarat saya mesti bekerja memberi makan ayam setiap petang selama sebulan. Kebetulan waktu itu, abah sedang menjalankan projek meganya dengan membina 5 buah reban ayam besar di kawasan ladang sawit belakang rumah.

Dek dorongan naluri anak kecil yang kuat, saya tak kesah. Saya rela mengangkat berguni-guni dedak ayam bersama pekerja indonesia demi mendapatkan sebiji kereta kontrol. Saya tidak marah pada abah sebab dari situ saya belajar beberapa perkara. Pertama, belajar merendah diri dan berusaha mencapai kejayaan. Kedua, berdikari dan jangan bermewah-mewah. Tidak semua yang kita mahukan mesti kita dapat dengan mudah.
Kalau nabi sewaktu kecilnya mengembala kambing, maka saya pula MENTERNAK AYAM.


(Gambar hiasan: Mirip reban ayam ku 13 tahun yang lalu)

INGAT FASA PELAJAR


Bukan saya tidak sengaja menolak membeli baju yang mahal dan branded. Bukan saya tidak sengaja membeli handset yang murah. Bukan saya tidak sengaja berpindah dari rumah mewah bersama rakan-rakan Malaysia ke rumah sederhana bersama rakan-rakan Indonesia. Bukan. Semuanya adalah kerana KEUTAMAAN.

Fasa pelajar ini adalah fasa untuk membina fikrah atau dengan bahasa sekarang disebut idealism kita sebagai seorang individu muslim. Keutamaan pada tahapan inilah yang mendorong saya untuk membeli almari buku berbanding almari baju. Membeli keperluan kuliah berbanding keperluan nafsu. Membayar yuran seminar dentistry berbanding membayar yuran dinner. Melancong atas keperluan ilmu berbanding berjalan-jalan. Dan, yang paling penting adalah membaca buku pelbagai aliran pemikiran dari dunia Barat dan Timur sebagai suatu pendekatan jihad akademik. Tambahan pula, di Indonesia terdapat banyak buku terjemahan terutama dari dunia arab. Inilah SELERA saya pada fasa ini.

Hari ini saya baru mendapatkan sebuah buku baru berjudul “100 Tahun Mohammad Natsir Berdamai dengan Sejarah” dari Pustaka Gramedia dengan harga Rp 70,000.

Buku ini menghimpunkan puluhan naskah para pakar dalam mengkaji pemikiran Pak Natsir secara sistematik. Pemikirannya yang tajam dan melintasi zaman, sikapnya yang istiqamah, gaya hidupnya yang sederhana, cara politiknya yang santun penting untuk terus diaktualisasikan ditengah menguatnya arus pragmatism politik. Insya’allah saya akan mengulas setelah habis membaca keseluruhan 479 muka surat buku ini.

Mungkin bagi saya, banyak membeli buku ini bagus. Tapi kawan saya kata, ia merupakan suatu penyakit yang diberi nama BIBLIOHOLISME. Apakah itu?


7 comments:

salam
terharu bace entry ni, slame 3 tahun kawan ngan nta ni baru tau yg nta pengembala ayam.. bleh la nnt bukak cabang RFC kat banting nnt.

ana rase mmg nta ade gejala BIBLIOHOLISM.. ana xtau die sejenis desease or just symptom. ana rase mmg normal bg pemikir2 mcm nta, byk mengumpul buku n byk membace utk mendalami setiap pemikiran melalui pembacaan. Klu xde duit bleh pkai duit ana dulu, klu xcukup rak bleh bli lg satu rak.

Aizatnur said...

Ana tak pernah dengar lagi mengembala ayam, menternak ayam ada lah.

Sebulan je pun bekerja di reban tu wansu, kemudian terus letak jawatan sebab cikgu sekolah suruh tumpu pada jihad akademik. haha

Salam..

Saya setuju 'on the branded thing..'
tak perlu sebenarnya beli barang-barang 'branded' ni..

lebih-lebih lagi bila barang-barang ni menyumbang kepada negara HARAM israel serta menyumbang kepada pembunuhan saudara seIslam kita..

kalau kita sedar la.. most barang-barang 'branded' ni merupakan penyumbang besar kepada israel..

i'm talking about merek pakaian la..

anyway..thnx for an interesting entry.. after quite sometimes..

ma'assalamah wa ilal liqa'
wassalam..

waalaikummussalam

Terima kasih atas pandangannya.

Saya hanya memilih utk tidak memilikinya disebabkan fasa pelajar ini. Adapun bagi mereka yang berminat, saya tidak pernah menyalahkan ye.

Berkenaan dengan isu boikot barang israel ini, ade baiknya kita lihat web berikut ini.

http://www.zaharuddin.net/content/view/572/72/

kartini said...

bismillah..

pengembala ayam? haha. pertama kali dengar ayam dikembala, ingatkan diternak je :D

oh. saya rasa saya pun menghidap penyakit ni. tapi kalau beli banyak buku susah nak khatam2 tu macam mana ek? termasuk gak ke?

BIBLIOHOLISM? nice word anyway. heh

salam...
thnks a lot for the info..
saya dh tgk lmn web tu...
tp kan.. apa conclusionnya..?
i need someone to explain to me..
one more thing.. if u think i'm acting too much.. tegur lah ya..

aizatnur to wardatul shaukah:

Mengembala ayam ni istilah baru yang diperkenalkan oleh Prof Wansu.

Problem tak khatam tu susah sikit nak menjawabnya sebab saya bukan ahli dalam falsafah psikologi barat yang penuh andaian dan speculation ni.

aizatnur to conscriptedsoldier

Kesimpulannya, belilah barang buatan malaysia. Insya'allah,
seluruh barisan PKPMI akan tolong menegur nanti ya. Kita cuba hidupkan budaya saling nasiha-menasihati di sini.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog miskin ni. =)

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.