PENGUASAAN BAHASA ASING SEBAGAI ALAT PENCERDASAN.

[Arab-Inggeris-Latin-Perancis-Belanda]

Yusuf, seorang pelajar junior warga Indonesia pernah bercerita pada saya. Suatu saat rakan-rakannya sedang memperolok-olok seorang pelancong barat yang berkunjung ke daerahnya dengan menggunakan bahasa Batak. Bahasa asli penduduk Sumatera Utara. Alangkah terkejutnya mereka apabila pelancong itu mampu membalas olokkan tersebut dengan menggunakan bahasa Batak juga. Bahkan dengan tutur kata yang begitu fasih.

“Suf, menurut abang, itu bukannya pelancong biasa. Barangkali, itulah dia antara agen imperialis-kapitalis yang ingin merampok harta kekayaan Negara kalian satu per satu”, simpulku mudah membayangkan konspirasi internasional terhadap Negara yang tak sepatutnya miskin ini.

Danau Toba. Antara keajaiban alam di daerah Sumatera Utara, Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Penguasaan terhadap bahasa sesuatu bangsa dapat dijadikan strategi ampuh untuk menguasai bangsa tersebut. Kita tidak kaget dengan contoh ‘pelancong’ di atas kerana golongan orientalis-missionaris yang menekuni kajian keislaman di barat sudah lama mewajibkan penguasaan atas bahasa arab, syro-aramaic, latin, dan lain-lain kepada muridnya. Tiada tujuan lain melainkan untuk meneroka khazanah keilmuan dari sumber primer yang diwarisi dari Tamadun Islam. Setelah menguasai, banyak antara mereka yang mengotak-atiknya pula. Kemudian, dipaksakan atas kita (baca: umat islam) untuk mengadopsi hasil kajian sesat plus sekular mereka itu. Seolah-olah mereka sedang berkata, “Look we know better than you do!”

BAHASA PERHUBUNGAN KITA ADALAH BAHASA ARAB

Pentingnya pendidikan harus didukung oleh penguasaan bahasa asing sebagai alat pencerdasan. Namun, menjadi persoalan bagi kita, apakah bahasa yang menjadi keutamaan kaum muslimin?

Dr. Mohammad Natsir (1908-1993), pemimpin jama’ah islam terbesar dunia iaitu Parti Majlis Syura Ulama Indonesia (Masyumi) mengemukakan kepentingan menguasai bahasa asing sebagai berikut:

“Bahasa adalah salah satu soal kecerdasan bangsa yang terpenting. Bahasa itu, bahasa kita sendiri, adalah menjadi syarat bagi berdiri tegaknya kebudayaan kita. Akan tetapi, satu kebudayaan yang hidup, tidak cukup hanya dengan tinggal berdiri saja. Ia perlu tumbuh, bertambah, berubah, bergerak, ‘dinamis’, kata orang sekarang. Dan untuk ini, perlu kepada pertukaran ‘udara’, perlu kepada tambahan ‘baja’ perlu kepada tambahan ‘air’ yang menjadi syarat penawar hidupnya… oleh sebab itu, disamping bahasa ibonda kita sendiri, adalah bahasa asing yang lebih luas dan lebih kaya, yang dapat memperhubungkan kita dengan negeri luar, menjadi suatu rukun yang tak boleh tidak, bagi kemajuan dan kecerdasan kita.”

Tambahan beliau lagi berkenaan bahasa perbendaharaan ilmu iaitu Arab,

“Kalau kita disini mengatakan ‘bahasa asing’, ghalibnya kita ingat kepada bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, atau lain-lain. Dan memang bahasa Belanda, bahasa Inggeris, dan sebagainya itu banyak jasanya bagi kecerdasan kita bangsa Indonesia. Ini tidak kita mungkiri! Akan tetapi, jangan kita lupakan bahawa sebelum bahasa Belanda menjadi perhubungan dengan dunia luar, sebelumnya bahasa inggeris mulai dipelajari dikalangan bangsa kita. Kita di Indonesia sudah berpuluh tahun terlebih dahulu mempunyai bahasa perhubungan, jembatan yang menghubungkan kita dengan sumber kebudayaan dunia luar, iaitu bahasa Arab! .... dan bagi kita kaum Muslimin, adalah bahasa arab itu satu bahasa persatuan yang tak akan mungkin dicarikan gantinya, bahasa kunci dari perbendaharaan ilmu dan pengertian agama kita. Besar kerugian dan kerosakan yang menimpa kita apabila bahasa ini kita abaikan dan kita kesampingkan.

Pak Natsir , tokoh antarabangsa yang dihormati. Beliau adalah pemimpin Harakah dan juga pemimpin Negara. Dalam umur yang sangat muda, 21 tahun sudah menguasai banyak bahasa antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Latin, dan sudah tentu bahasa Al-Quran iaitu Arab. Lihat ulasan Anwar Ibrahim

PROJEK SEMI-MEGA: KELAS INTENSIF PENGUASAAN BAHASA ASING

Bagi mengelakkan tulisan ini hanya berlegar seputar idea sahaja tanpa praktikal maka saya menyeru kepada seluruh Persatuan Pelajar Malaysia di seantero dunia, dalam dan luar negeri yang bertanggungjawab menjaga akidah, kebajikan, dan pendidikan ahlinya agar membuka kelas intensif penguasaan bahasa asing secara selektif dengan meletakkan bahasa Arab sebagai prioriti, Arab-Inggeris-Latin-Perancis-Belanda.

Selain bertujuan menguasai Sains dan Teknologi moden, alat kecerdasan ini diharapkan mampu memotivasi dan menambah wawasan mahasiswa muslim untuk mendalami 12 displin ilmu sebagaimana yang telah digariskan oleh Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya, Jundullah thaqafatan wa akhlaqan. Sila lihat tulisan saya, Kenapa Pelajar Sains Wajib Mengaji?

Bagi pelajar yang menuntut di Sumatera Utara pula. Cuba kita tanya, sejauh mana penguasaan kita terhadap bahasa asing, terutamanya bahasa arab? Adakah Kelas Intensif Bahasa Arab yang insya’Allah bakal diwujudkan oleh persatuan pelajar pada bulan Ogos 2009 nanti akan mendapat tempat dihati pelajar Malaysia-Indonesia?


“Saatnya Kita Melahirkan Pemimpin Multidimensi,” harapanku mula menggunung melebihi puncak Gunung Everest.

3 comments:

ruffey said...

regarding ur 1st story about how that foreigner could speak Batak,

u should check

http://www.joshuaproject.net/

then u'll know...

ruffey said...

or did u already know about that?
really hope that that info will provide u some information, and maybe u could write something about it?

regards

Maaf bro, saya tidak tahu. And thks for the info.

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.