TITIK KEKELIRUAN GAGASAN ISLAMISASI ILMU

Pada tahun 2002, Zulkifli Ismail, pengasas madrasah Baitul Qurra merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Melaka menulis dalam magnum opus-nya Ancaman Bahaya Sekularisme berkenaan kepalsuan aliran keintelektualan semasa seperti aliran islamisasi ilmu dan anti hadis, sebagai peringatan kepada kaum muslimin,


“Hakikat ini perlulah difahami dengan sebaiknya supaya umat islam dapat pula menyelamatkan diri dari kepalsuan dan kesesatan gagasan islamisasi ilmu-ilmu sosial barat yang didukung oleh sebahagian intelektual di Negara-negara umat islam di zaman ini.”


Beliau menyedari kegelapan serta bahaya yang berada disebalik gagasan tersebut. Secara jelas beliau menyebutkan bahawa meletakkan umat islam berpandu kepada apa yang bersifat andaian
(zhanni/doubtful) di sisi manusia dengan meninggalkan apa yang diyakini pada akidah dan syariat mereka adalah pekerjaan bodoh yang sedang melanda sebahagian para intelektual dan cerdik pandai yang ditipu syaitan di zaman ini. (Yunus: 36)


KOMENTAR PERIBADI SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:


DARI RASIONALISME KE LINGUISTIK

Dalam dunia falsafah terdapat dua jalur pemikiran besar yang saling berseberangan iaitu rasionalisme dan empirisme. Dalam perkembangannya, Rasionalisme diusung oleh banyak tokoh, masing-masingnya dengan ajaran-ajaran yang khas, namun tetap dalam satu koridor yang sama. Pada abad ke-17 terdapat beberapa tokoh kenamaan seperti René Descartes, Gottfried Wilhelm von Leibniz, Christian Wolff dan Baruch Spinoza. Sedangkan pada abad ke-18 nama-nama seperti Voltaire, Diderot dan D’Alembert adalah para pengusungnya.


Seperti juga pada Rasionalisme, maka pada Empirisme pun terdapat banyak tokoh pendokong yang tidak kalah popularnya. Tokoh-tokoh dimaksud antaranya adalah David Hume, John Locke dan Bishop Berkley. Para penganut aliran empirisme tentu sahaja menentang kaum rasionalis yang begitu memberikan tempat dan peranan akal dalam proses lahirnya pengetahuan. Mereka mengajarkan bahawa pengetahuan diperoleh menerusi pengalaman.


Kemudian muncul aliran Fenomenalisme Kant yang dikemukakan oleh Immanuel Kant, seorang ahli falsafah Jerman. Dia berusaha keras mendamaikan pertentangan antara empirisme dan rasionalisme. Menurut hemat Kant, dalam proses ilmu pengetahuan unsur rasio dan indera sama-sama berperanan.


Daripada Kant, mengalir fahaman yang cuba mendamaikan antara falsafah Timur dan Barat seperti Schopenhauer. Kemudian Wittgenstein, Deisme, dan Russell mula memperkenalkan falsafah analisis malah mereka cuba memurnikan lagi ilmu pengetahuan supaya kelihatan lebih objektif. Aliran ini mengambil sikap pertengahan
(wasatiah) dalam falsafah Barat.


Pada tahun 1920-an pergerakan falsafah logika positivisme (atau logika empirisme) muncul di Austria dan Jerman. Aliran ini berusaha menstabilkan antara analisis logik ilmu pengetahuan saintifik dengan fahaman positivisme Comte yang
ilhad, mengulangi semula keneutralan Kant. Falsafah linguistik analisis yang muncul mendorong aliran-aliran Islam ini (seumpama Al-Attas) menyuntik kembali ontologi (worldview/welstanchaung) Islam selepas dipisahkan oleh logika positivisme kerana aliran linguistik dianggap lebih berdisiplin. Disinilah munculnya Islamisasi Bahasa. Disinilah juga letaknya antara seribu satu kedangkalan gagasan islamisasi ilmu sains sosial, iaitu suatu cubaan halus untuk menyelaraskan antara ajaran agama dan ajaran metodologikal Falsafah Barat yang rapuh (atau antara naql dan ‘aql)

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC): Pusat Pemikiran Islamisasi Ilmu Mazhab Attasian di Malaysia

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Pendiri ISTAC

Apabila dicermati lebih mendalam, mana-mana aliran yang berguru dengan Barat begitulah kesudahannya. Mereka tidak akan nampak nass syariat Allah Swt. sebagai jalan keluar. Akibat terlalu ghairah dengan kemampuan akal (‘aql/reason), mereka rela menolak petunjuk Qur’an Sunnah dan ijtihad para ulama yang mu’tabar. Para cendekiawan muslim menyebut mereka sebagai jahil murakkabun.

Mereka lebih yakin kepada falsafah dan pemikiran Barat, tapi yang telah menjalani proses desekularisasi (desecularization), dewesternisasi (dewesternization), dan integrasi holistic ilmu (holistic integration of knowledge) menurut teori dan nafsu mereka, lalu memposisikannya sebagai sumber hukum Islam yang ke-5 selepas Qur’an, Sunnah, Ijmaa’, dan Qiyas! Persoalannya, bagaimanakah umat Islam boleh berpandu pada yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful) dan meninggalkan apa yang diyakini pada akidah dan syariat mereka?

Dalam hal ini, tokoh mujaddid islam, As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan panduan dalam Usul Isyrin, iaitu prinsip yang ke 19,

“Terkadang pandangan syar’i dan pandangan ‘aqli tidak dapat saling memasuki wilayah lainnya. Tetapi keduanya tidak akan berbeza dalam masalah yang qath’i. Maka hakikat ilmiah yang benar dan kaedah syar’iyah yang kukuh tidak akan pernah bertentangan. Sesuatu yang bersifat zhanni perlu ditakwil agar sesuai dengan yang qath’i. Apabila keduanya bersifat zhanni maka pandangan syar’i lebih diutamakan untuk diikuti, sehingga yang ‘aqli menjadi benar-benar putus atau gugur sama sekali”

Sebagai contoh mudahnya, dalam penciptaan nabi Adam a.s. Al-quran menyatakan bahawa ia diciptakan oleh Allah Swt., tapi telah dinafikan oleh penemuan ilmiah yang bersifat spekulasi (zhanni/doubtful). Charles Darwin dalam bukunya, The Origin of Species berkata bahawa manusia berkembang daripada air. Ini adalah andaian atau zhanni semata ! Dan belum pernah dibuktikan secara ilmiah hingga ke hari ini. Oleh itu, teori evolusi hendaklah di takwil (ta’wil/interpret) agar tunduk kepada nas Al-Quran yang putus (qath’i/definitive), dan bukan sebaliknya.

The Origin Of Species: Sebuah kajian jenis al-istiqra' al-naqis (imperfect induction) atau penelitian yang tidak menyeluruh kerana memiliki variati yang terlalu banyak dan tidak dapat dicakup semuanya dalam penelitian manusia. Begitu jugalah 'resepi' dalam kajian falsafah sosial Barat.

KRITIK EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI

Pendiri popular aliran islamisasi ilmu sains sosial, atau lebih tepatnya Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas sepakat menolak ilmu moden sekular Barat tapi hanyalah sebatas doktrin (ta’alim/doctrine) sahaja. Namun, mereka masih mengekalkan epistemologi (nazariyatul ma’rifah/epistemology) Barat iaitu berdasarkan akal (‘aql/reason) yang terbatas, bukan petunjuk wahyu yang mutawātir (consecutive) dan bersifat pasti (qath’i/definitive).

Sebagai contoh, dalam kajian sosiologi mereka sepakat menolak pendapat yang mengatakan bahawa manusia berasal daripada kera – iaitu teori evolusi. Penolakan ini adalah semata-mata doktrin. Tetapi ketika mereka cuba menghuraikan jalan penyelesaian dalam masalah sosial, ekonomi, dan politik mereka kekal menggunakan akal (‘aql/reason) dan metodologi (qawa’id/methodology) Barat. Menjadikan falsafah sebagai prinsip (usūl/principles) dan agama sebagai cabang (furu’/branches) pula.

The International of Islamic Thought (IIIT): Pusat Pemikiran Islamisasi Ilmu Sains Sosial di Pennsylvania, US

Ismail Raji Al-Faruqi. Pengasas IIIT

Islam berpegang bahawa keupayaan akal fikiran manusia adalah terbatas. Ia tidak mampu memberi petunjuk kepada manusia dalam perkara yang diluar dari peranannya yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. itu. “Dan manusia dijadikan bersifat lemah” (an-nisaa’: 28) Hakikat kelemahan akal manusia adalah menjadi nyata dalam dua aspek pengetahuan yang penting. Pertama, aspek pengetahuan yang berhubung dengan perkara-perkara ketuhanan, ukhrawiyyat, dan kerohanian. Kedua, aspek pengetahuan yang berhubung dengan nilai, tingkah laku, dan sistem hidup yang diperlukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia.

Dalam masyarakat Islam kelemahan ahli falsafah seperti itu telah didedahkan dengan terangnya oleh Hujjatul Islām Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Tahāfut al-Falāsifa. Beliau berkata antara lain,

“Kami akan mengatakan bahawa tujuan kami hanyalah untuk menunjukkan ketidakmampuan anda untuk menjustifikasikan dakwaan pada pengetahuan realiti wujud dengan hujah konklusif. Kami hendak membuatkan anda meragukan keyakinan anda pada dakwaan-dakwaan anda sendiri. Kini ketidakmampuan anda itu telah jelas, marilah dinyatakan dalam fikiran bahawa ada beberapa orang mempercayai bahawa realiti soal-soal ketuhanan tidak dapat diungkapkan melalui penyelidikan intelektual dan bahawa sebaliknya adalah diluar kemampuan manusia untuk mengungkapkannya.”

John Locke (Inggeris)

Di Barat kesedaran mengenai hakikat kelemahan akal mula disedari khususnya oleh ahli falsafah Empiris pada abad ke-17. John Locke (1632-1704) memetik kembali ucapan Aristotle yang berbunyi,

“Di sana tidak ada sesuatu pun di dalam akal yang tidak dikesani lebih dulu daripada pancaindera”

Ada satu kelemahan yang paling menonjol dalam metodologi sains sosial iaitu tiadanya suatu ukuran pembuktian rasional yang pasti, definitif kata bahasa sekarang. Maka sebagaimana ahli falsafah Metafizik, ahli falsafah dan kajian sosial sehingga setiap aliran yang sama itu berpecah pula kepada beberapa aliran yang berlainan. Perlu difahami bahawa kajian falsafah dibidang kemanusiaan dengan tujuan menyingkap cara hidup yang terbaik baginya telah dikembangkan pada abad ke-18 sehingga ke hari ini oleh ahli falsafah materialis secara meniru kaedah pendekatan dan pembuktian dalam ilmu sains tulen.

Percubaan dilakukan dalam tiga cabang. Pertama, dalam penciptaan ilmu sosiologi melalui pendekatannya oleh Comte. Kedua, falsafah moral khususnya aliran pragmatisme. Ketiga, ilmu psikologi yang diasaskan oleh Frued. Percubaan ini sebenarnya bertujuan menjauhkan agama dari terus memberi pengarahan kepada hidup manusia dengan cara menggantikan ilmu-ilmu sosial ditempat agama!

Kegagalan usaha titik peluh ahli falsafah Barat ini telah didedahkan oleh Dr. Mahmud Othman dalam bukunya dibawah fasal bertajuk “Bahawa Agama Adalah Satu Kemestian Bagi Memandu Manusia di Dalam Tingkah Lakunya dan Dalam Menyusun Masyarakatnya”,

“Dan sekarang kita telah sampai kepada beberapa kesimpulan yang penting iaitu; bahawa ilmu sosiologi telah gagal sepenuhnya dari sudut teori dan perlaksanaan. Ia telah gagal untuk meletakkan hukum bagi tingkah laku manusia yang menepati kaedah hukum sains tabii, dan ia juga tidak berjaya untuk mengukur kenyataan yang berlaku dalam masyarakat, kerana disebabkan semua itu adalah kenyataan-kenyataan kemanusiaan yang tidak mungkin ditundukkan kepada bentuk ukuran silogisme yang terperinci. Dan semenjak zaman Comte hingga ke hari ini, ahli sosiologi tidak berdaya untuk mengatasi masalah ini. Apa yang dapat mereka simpulkan adalah bahawa kemajuan di bidang imu ini dikelilingi oleh pelbagai kerumitan. Dan mereka sekalipun sehingga ke hari ini telah gagal untuk mencapai suatu hukum sains yang terperinci, atau telah gagal menilai kenyataan-kenyataan sosial dengan penilaian dan ukuran yang tepat, masih terus meletakan harapan pada masa akan datang dengan kemajuan ilmu yang lahir pada ketika yang memungkinkan mereka untuk mengatasi kerumitan-merumitan itu tadi.”

Kelemahan-kelemahan ketara falsafah sosial Barat disebabkan oleh enam perkara berikut. Pertama, falsafah tidak mempunyai sebarang ukuran untuk membezakan antara kebenaran dan kesesatan, antara yang betul dan yang salah. Kedua, selama mana falsafah tidak mempunyai suatu ukuran (pembuktian yang boleh dipercayai) untuknya, maka selama itulah buah fikiran falsafah adalah andaian (spekulasi) semata-mata. Ketiga, selama mana tiada jalan untuk sampai kepada suatu keputusan yang diyakini dalam mana-mana persoalan falsafah maka adalah suatu perkara yang pasti bahawa perselisihan pendapat di bidang falsafah adalah berterusan. Keempat, selama mana perselisihan pendapat berterusan di bidang falsafah maka masalah yang merupakan tajuk perbincangan falsafah akan terus serupa dan sama sahaja. Kelima, perselisihan falsafah adalah meratai keputusannya sama ada yang berbentuk negatif, positif, atau keduanya sekali. Dan akan berkesudahan dengan penafian atau penetapan yang mutlak dalam semua masalah. Keenam, sebagai rumusan daripada perkara-perkara sebelumnya, falsafah pada hakikatnya tidak memiliki sebarang pendapat pun baginya (iaitu pendapat yang boleh menjadi sandaran).

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Perlu difahami bahawa hakikat kekeliruan gagasan islamisasi ilmu atau gagasan penyelarasan serta semua kesesatan pemikiran zaman ini adalah berhubung langsung dengan sifat lemah dan terbatasnya akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah Swt. kepada manusia. Maka menurut perspektif islam yang sebenar, Islamisasi Ilmu Sains Sosial Barat tidak akan bermakna selain dari menolak segala kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian, dan membebaskan segala percubaan mendamaikan kesimpulan sosial yang dibina atas sandaran yang bersifat andaian itu sama ada dari aspek epistemologi maupun metodologinya. Islamisasi Ilmu dengan makna yang lain dari itu, tidak akan beerti selain dari suatu percubaan halus untuk menundukkan Islam kepada khayalan-khayalan ilmu sosial Barat yang dikagumi oleh para intelektual zaman ini. Bagaimanakah mereka hendak menegakkan kebenaran dengan berpandu kepada kesesatan?

Ada pula yang kurang sihat akalnya, mengakui bahawa ajaran dari pemikir Barat itu ada yang sesuai dengan Islam justeru harus didamaikan (atau diislamisasikan). Padahal kalau mereka berfikir sihat, kalau memang ajaran lain itu sebahagiannya sesuai dengan Islam, mengapa tidak Islam yang turun dari langit ini saja yang mereka pertahankan?

Imam Al-Ghazali: Tokoh Pemikir Besar Islam

Adalah jelas sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Munqiz Min ad-Dhalal (Pembebasan Dari Kesesatan) bahawa ahli falsafah itu berbincang mengenai persoalan kemanusiaan dan nilai bukanlah diambil dari kajian falsafah dan pemikiran akal mereka tapi dari petunjuk dan ajaran agama yang ditiru dan dicedok oleh ahli falsafah tersebut, atau disebut sebagai stolen legacy. Jadi sekali lagi saya ingin bertanya, mengapa tidak ajaran Islam yang turun dari langit (khabar shādiq) ini saja yang mereka pertahankan?

Wallāhua’lam.

Bibliografi:

  1. Ancaman Bahaya Sekularisme oleh Zulkifli Ismail
  2. Islam and Secularism oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas
  3. Wikipedia Free Ensiklopedia
  4. Tahafut al-falasifa (Kekacauan Para Filsuf) oleh Al-Ghazali
  5. Islamization of Knowledge General Prinsiples and Work Plan oleh Al-Faruqi
  6. Kubral al-Yaqiniyyat (Keyakinan yang Hakiki) oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti
  7. Syarah arkanul bai’ah (1) Rukun Al-Fahmu oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud

Oleh: A.Muchlis

24 comments:

perantau said...

assalamualaiku..
saudara A.Muchlis, hebat tulisan anda. Mungkin saya masih baru dalam memahami gagasan islamisasi ilmu yang dibawa oleh Ismail Raji Al-Faruqi dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Bolehkah saudara membantu saya utk menjelaskan bagaimanakah bentuk sebenar pendirian aliran islamisasi ilmu ini dalam bidang sains sosial?
terima kasih.

Waaalikmmussalam Wbt

Anda silap. Tiada apa yang hebat artikel pendek ini kalau nk dibanding dengan kitab ulama terdahulu.

Perantau, saya nak bagitau tiga perkara:

1. Skop islamisasi ilmu mnurut mereka meliputi konsep dualisme, humanisme, sekularisme yang mana kesemua konsep ini banyak terdapat dalam bidang falsafah sosial Barat.

Hakikat falsafah sosial adalah andaian (zann). Tak pasti sebagaimana kesimpulan sains dan matematik justeru tak boleh menjadi asas titik tolak pemikiran, keilmuan, amalan atau pembaharuan umat islam.

Adapun, Syed Qutb dalam maalim fi at-thariq menjelaskan, yang boleh dipakai dalam bidang sains sosial ini adalah kajian2 statistikal. Tapi jika hanya lontaran pemikiran, telaah akal atau bersifat disiplin tapi tdk dibarengi dengan temuan statistik, tak boleh diterima pakai!

2. Kita menolak islamisasi ilmu menjadi teori sosial di bidang sejarah, psikologi, ekonomi maupun politik utk menjadi sandaran apatah lagi menjadi sumber hukum bagi menapis ijtihad para ulama dahulu dan kontemporer

3. Islamisasi ilmu @ proses penyelarasan ini tidak lain adalah pengulangan kesilapan yang dibuat oleh barisan ahli falsafah al-mashaai'yyin (ibnu sina, al-farabi, al-khindi) yang terpengaruh dengan falsafah Yunani lalu cuba mendamaikannya dengan akidah Islam. Maka muncul akidah cara Jabari, murjiah, muktazilah. Mereka takwil quran sunnah dan nafi hadith yang shahih, menjadikan pendapat Aristotle lebih tinggi dari quran sunnah (Perihal gol. al-mashaai'yyin disebut oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya al-marjaiyyah al-ulya fil islam lil quran wa sunnah)

Harap menjawab la ye..

perantau said...

tQ sudi menjwb..actully masih blur2 gak..bleh recomend any book utk basic sy dlm falsafah??

Perantau, seperti kita pernah bertemu saja :)

Masuklah ke dalam bidang falsafah melalui pintu usuluddin. Talaqi kitab risalah tauhid atau faridatul faraid atau sifat 20 di madrasah2 yang tumbuh macam cendawan kini...

Hairan said...

“Hakikat ini perlulah difahami dengan sebaiknya supaya umat islam dapat pula menyelamatkan diri dari kepalsuan dan kesesatan gagasan islamisasi ilmu-ilmu sosial barat yang didukung oleh sebahagian intelektual di Negara-negara umat islam di zaman ini.”

Saudara menulis sungguh pendek mengenai the origin of species,oleh Charles Darwin.

Sepatutnya anda mengkaji TOOS kerana barat eropah, atau US, eg, bergantung banyak kepada origin of species yang menidakan perana ugama Kristianity.

Sains memainkan peranan penting kepada kekuatan eropah sekarang. Di us creation tidak dibenarkan diajar disekolah kerana dongeng. Ini bermakna anda juga tidak dibenarkan memberi pandangan anda atau mengajarnya di US kerana dianggap dongeng. Dan bertentangan dengan logik dan sains.

Sebenarnya saya tak faham panjang lebar tulisan anda itu apa tujuannya?

Sampai pembaca seperti perantau pun tak faham begitu juga saya..hehe.

Tapi kalau kenyataan PAS tu saya boleh lah faham sebab dia simple. Dia tahu bagi generalisasi dan menghadkan kemajuan Melayu lain supaya jadi Melayu mundur macam PAS.

PAS ingat dia Melayu maju meninggalkan budaya Melayu mengharamkan Dikir Barat, Mak Yong, wayang kulit, kebaya, Search, Siti Nurhaliza..

Tetapi jika kita lihat apa yang ada pada PAS? Seperti pemikir besar PAS Nik Aziz?

Tak de apa? Adakah Kelantan maju macam kafir Singapura atau p.pinang yang menggunakan pendekata Charles Darwin..yakni sains dan teknologi?

Harap dapat huraikan..dgn contoh realiti di Malaysia

Hairan, saya jawab ye..

1. Menulis pendek tntg TOOS?
Ya. Mmg saya sengaja tidak menulis panjang tntg itu. Lihat! Ia imperfect induction. Akal saya tak dapat menerima bulat2 sesuatu yang hanya bersifat andaian. Inilah wajah kebodohan Barat. Jangan bazir stamina.

2. Tujuan tulis panjang lebar?
Sila baca judul entry. Itulah tujuan.

3. PAS ingat dia majukah?
Ya. Mmg maju. Maju dalam mengedapankan prinsip Quran Sunah. Maju dalam mengedepankan peranan akal yang sebenar. Akal saya hanya menerima khabar shadik yang disampaikan secara mutawatir (consecutive) dari Pencipta Alam kepada kita. Bukan khayalan dan tekaan teori dari ahli pemikir Barat.

Terima kasih atas pertanyaan n komentarnya. Cuma saya nk peringat. Jika sains n teknologi adalah ukuran kebahagiaan semata-mata maka Raja Firaun, Qorun, dan Raja Namrud adalah orang yg paling bahagia sekali.

perantau said...

Terima kasih hasil diskusi anda bertambah memahamkan saya dalam isu ini. Byk org yg tertipu dgn tokoh yg kononnya 'intelektual islam' tetapi jalan n arah perjuangannya tidak mengambil kaedah Al-Quran n SUnnah.

Ana juga yakin dengan perjuangan PAS n para ulama' di Malaysia kerana menerapkan teori dari Al-Quran n Sunnah svg asas perjuangan. Wallahu'alam

menj said...

Assalamualaikum, harap anda akan link kepada laman web biografi tokoh pemikir Islam, almarhum Dr. Ismail Faruqi.

http://www.ismailfaruqi.com

Wassalam.

Terima kasih atas saranan. Tapi maaf, saya kurang berminat untuk itu

noob said...
This comment has been removed by the author.
noob said...

Assalaamualaikum...

maafla tp sy pun kurang faham....tulisan awk sgt hebat...x sesuai dgn darjah kefahaman sy yg rendah ni....huhu...

A.Muchlis said...

kefahaman saya juga rendah. tiada yang hebat. sekadar berkongsi pandangan dan wacana ilmu. kalau boleh, anda boleh bertanyakan apa yang kurang faham. jadi, membuka peluang kepada sy untuk menjelaskan apa yang tak terjelaskan. objektif penulisan ini sekadar peringatan buat kaum muslimin sahaja.

imakubex said...

Assalamualaikum,

Tuduhan yang dikemukakan ini agak serius. Bolehkah saudara memetik dari buku-buku ataupun artikel-artikel dari ahli dalam Islamisasi ilmu ini untuk mengukuhkan hujah saudara?

Setakat ini, saya hanya nampak tuduhan demi tuduhan yang seolah-olahnya tiada asas. Jika ada, dimana buktinya?

Wallahua'lam

waalaikummussalam..

tunggu saya buat thesis tentang itu nanti...

Anonymous said...

Berani membuat tuduhan sedemikian rupa sudah pasti saudara telah ada hujah yg kukuh atau rujukan bagi menyokong judul entry Saudara itu..

TAWAQUF tak b'maksud MENYERAH. Biarlah artikel ini jd semboyan awal saja dulu..Namun seorang ilmuan harus b'tgjwb. Syarat b'tgjwb harus kumpul bukti yg cukup dan benar2 matang. Takut2, org kata kita tiada adab pula nanti.

Sy tahu anda cintakan kebenaran. B'sabarlah. Jgn cepat sgt nk masuk syurga..

Ibnul Qayyim ad-Dimasyqiyyah ISTAC said...

Alhamdulillah semoga ALLAH Ta'ala menggandakan taufiq buat akhi dlm memahami Islam & mempertahankan iman.Walaupun artikel ini tlh dipaparkan sekian lama namun izinkan saya mengemukakan komentar ringkas sebagai memenuhi amanah & disiplin ilmu.Memandangkan teori evolusi hanya berstatus zhanni at-thubut(krn tidak mencapai kriteria masyhur apatah lagi mutawatir bahkan hanya berstatus ahad shj) & juga ianya zhanniyyat ad-dalalah justeru apabila bertembung dgn ayat al-Qur'an yg menghuraikan proses kejadian insan yg sememangnya berstatus qat'ie at-thubut & juga ianya qat'iyyat ad-dalalah so tiada ruang sama sekali utk kita berusaha mentakwilkan teori tersebut bahkan jelas wajib dikritik secara tegas. Wassalamu'alaikum.

Anonymous said...

Assalammu'alaikum wa rahmatullah,

Harap saudara rujuk beberapa karangan 'ulama & pemikir Islam Mu'tabar yang telah memperakukan gagasan Islamisasi Ilmu al-Faruqi spt Shaykh Dr.al-Qaradhawi dlm bukunya at-Thaqafah al-'Arabiyah al-Islamiyah baina al-Asolah wal Mu'asarah m/s 167 & 168 dan al-Ustaz Anwar al-Jundi (Ikhwanul Muslimin) dlm buku2 beliau spt al-Fikr al-Gharbi Dirasah Naqdiyah juga Aslamatul 'Ulum wal Manahij wal Qadhaya wal Mustalahat al-Mu'asirah di mana beliau yang merupakan seorang pakar falsafah mengkritik keras falsafah barat tetapi mencadangkan & memperakukan Islamiyah al-Ma'rifah al-faruqi dlm menolak sekularisasi ilmu barat dan terdpt beberapa rujukan lain utk tambahan malah dlm majalah Sahafah al-Ikhwan al--Muslimin Dirasah fil Funun krgn Ghabasyi Abdul Mun'im menyenaraikan bahawa gagasan ini merupakan salah satu prinsip gerakan Ikhwan.
Malah gagasan ini telah pun dibincangkan secara lebih ilmiah dlm karangan beberapa 'ulama dan pemikir Islam malah di barat juga. Harap saudara lebih cermat dlm mengemukakan pandangan krn IIIT tlh menerbitkan ratusan buku dan makalah maka sewajarnya kritikan yang dikemukakan hendaklah berpandukan terbitan tersebut supaya ianya bersifat khusus. Ini merupakan disiplin ilmu dan kajian yang telah disepakati bersama oleh ilmuwan Islam mahupun di barat.

Wassalam.

Anonymous said...

al-'Allamah as-Shaykh Dr.Yusuf al-Qaradhawi menyebut di dalam karangan beliau "Halangan-halangan kepada penyelesaian gaya hidup cara Islam"(sebagaimana yg diterjemahkan oleh Dr.Basri b. Ibrahim al-Hasani al-Azhari)cetakan al-Hidayah House of Publishers m/s 349:-
"...Kadang-kadang kita menolak idea atau falsafah menyeluruh kepada sesuatu aliran atau sesuatu institusi, namun begitu kita dapati di dalam kerangka idea atau falsafah ini terdapat beberapa kefahaman dan pemikiran yang boleh memberi faedah kepada manusia atau yang selaras dengan mereka di sesetengah urusan. Pengarang telah menyebut di dalam lebih dari satu buku pengarang(sbg.cth.Thaqafatuna baina al-Infitah wa al-Ingilaq lanjutan kpd buku sblm.nya iaitu at-Thaqafah al-Islamiyah al-'Arabiyyah baina al-Asalah wa al-Mu'asarah,tidak salah kita mencedok beberapa pemikiran yang bermanfaat dari teori pengembangan Darwin, Materialistik Marx, penganalisaan Freud dan Sosiologi Dur Kaym. Walaupun kita menolak falsafah menyeluruh kepada aliran yang dipegang oleh mereka ini, namun penolakan kita terhadap falsafah ini, tidaklah bermaksud segala apa yang mereka perkatakan adalah salah...".

al-Ustaz Fathi Yakan menyebut di dalam bukunya yand berjudul "Parlimen Islam"(sebagaimana yg. diterjemahkan oleh Asep Sobri-cetakan Syabab Global-)m/s.75:-
"Islam menggalakkan agar mengambil seluruh kekuatan,manfaat dari apa yang ada pada pihak lain lalu "mengIslamkannya" yang bererti menjadikannya syar'ie sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan hukum-hakamnya sekiranya ada di antara kandungan perkara tersebut yang bertentangan denganNya."

Sekadar menukilkan pandangan Fuqaha' & Pemikir Islam berhubung gagasan Islamisasi 'Ilmu.

Anonymous said...

Salam.

Akh Anonymous,

Saya amat tertarik dgn beberapa pandangan anda.

Saya merujuk kpd sebuah buku lain Anwar Jundi, berjudul Musykilat al-Fikr al-Mu'asir fi daw i al-Islam ; kelihatannya beliau jelas2 mengatakan metodologi ilmu kemanusiaan/kemasyarakatan ternyata tidak dapat mengungkap hakikat/realiti spt metodologi ilmu matematik dan sains lantaran tabiat mawduk yg dikaji itu, yakni manusia, tidak sama dgn benda-benda fizikal lain.

Saya akan cuba cari kitab-kitab beliau yg lain (sekiranya anda jugalah Anonymous yg menulis komen di post sebelum ini)

Terdapat sebuah kitab lain, karangan Dr Mahmud Othman, seorang pensyarah Universiti al-Azhar caw Mansurah yg berjudul Fikr al-Maddi al-Hadith wa Mawqif al-Islam Minhu membahaskan persoalan ini dgn lebih lanjut lagi.

Bagi saya, proses islamisasi itu kena bermula dgn wacana yg telah mapan dalam Islam spt ilmu umran, siasah syar'yyah dll yg pastinya berasaskan kerangka pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Perkara-perkara yg kita mahu pinjam itu pula, perlulah kita serap dan kembang di bawah pengawalan wacana-wacana ilmu2 Islam yg telah mapan ini.


Boleh sapa saya di email? Moga dapat kita bertukar-tukar fikiran.
Emel saya raufmpr@yahoo.com

Kalau ada facebook, tlg add saya -Azhari Husayni

Anonymous said...

Juzitum Khaira Akhil Karim

al-'Abd al-Faqir mengesyorkan saudara menyemak buku al-Ustaz Anwar al-Jundi yang tlh disebutkan di atas iaitu al-Fikr al-Gharbi Dirasah Naqdiyyah di mana beliau rahimahullah di dlm buku ini sebagaimana 'Ulama Pemikir Islam yg lain spt Dr.Mahmud 'Uthman dll sememangnya mengkritik kedangkalan ideologi-ideologi barat dari pelbagai sudut samada sosial,ekonomi dan politik tetapi sebaliknya di bawah subtopik di dlm buku tersebut yg.berbunyi Aslamatul 'Ulum beliau tlh mengemukakan idea Islamisasi 'Ilmu Dr.al-Faruqi sebagai suatu alternatif dalam menghadapi kecelaruan pemikiran-pemikiran barat.
Apakah yang dimaksudkan dgn Aslamatul 'Ulum dan kenapa al-Faruqi? Saudara perlu melanjutkan pembacaan dgn buku al-Ustaz Anwar al-Jundi yg seterusnya iaitu Aslamatul Manahij wal 'Ulum wal Qadhaya wal Mustalahat al-Mua'sarah di mana beliau mengemukakan penjelasan lanjut ttg gagasan ini dgn menghuraikan pandangan al-Faruqi,Taha jabir al-'Alwani dll malah menyatakan idea seumpama ini juga adalah inspirasi al-Imam Hasan al-Banna.
al-'Allamah Dr.Yusuf al-Qaradhawi di dlm bukunya at-Thaqafah al-Islamiyyah al-'Arabiyyah baina al-Asalah wal Mua'sarah mempertahankan gagasan ini setelah ianya dikritik oleh beberapa tokoh akademik Mesir. Beliau menjelaskan makna Islamisasi 'Ilmu seraya mengesyorkan para pembaca menyemak karangan2 al-Faruqi,al-'Alwani,Abdul Hamid Abu Sulaiman dan 'Imadduddin Khalil.
Bukankah IIIT merupakan antara cabang terawal Ikhwan al-Muslimin di Mesir, suatu yang memang dimaklumi bagi mereka yang mengkaji sejarah perkembangan sayap Ikhwan al-Muslimin di Amerika dan benua Eropah.
Namun begitu saya tidak sesekali bertujuan utk memaksumkan institusi tersebut. Sememangnya terdapat juga aspek-aspek salbiyyat di dlm pandangan mereka yg boleh diperbaiki dgn jalan musyawarah. Ini kerana perlaksanaan gagasan ini sebagaimana yg dinyatakan oleh Shaykh al-Qaradhawi di dlm buku di atas bukan suatu yang mudah.
Kesemua Tokoh-tokoh yg disebut di atas sememangnya sangat masak dgn. tamadun Barat dan peradabannya & bersepakat mengemukakan idea Islamicisation of Knowledge sebagai alternatif dlm menghadapi serangan pemikiran barat tersebut.
Saya syorkan satu lagi buku yang berkaitan yang perlu dikaji oleh saudara iaitu 'Ata' al-Islam al-Hadhari krgn al-Ustaz Anwar al-Jundi yg menerangkan ttg manhaj-manhaj Islam yg dikembangkan di Barat utk menyingkap kpd umat Islam sendiri bahawa sbhg Tamadun Barat itu sebenarnya berpaksikan Mabadi'Islam sendiri yg kini boleh diklasifikasikan sebagai al-Hikmah yg hilang drp pangkuan umat Islam.s
Seblm saya terlupa suka saya menyatakan bahawa gagasan ini hanya suatu ijtihadi shj.Ianya sentiasa terbuka kpd naqd 'ilmi.

Semoga ALLAH mengurniakan taufiq buat Akhi dlm mengkaji buku-buku tersebut.

Wassalam.

Anonymous said...

Akhil Karim

Izinkan saya mengesyorkan buku-buku tambahan spt Ma'alim al-Masyru' al-Hadhari fi Fikr al-Imam Hasan al-Banna krgn Dr.Muhammad 'Imarah di bawah subtopik Murunah as-Syari'ah wal-Infitah 'ala al-Hikmah al-Insaniyyah dan Islamiyyat an-Nizham an-Niyabi ad-Dusturi yg menyingkap mauqif al-Imam as-Syahid terhadap peradaban Barat. Juga kitab Islamiyyat al-Ma'rifah Maza Ta'ni juga hasil krgn penulis di atas.

Komentar-komentar yg dikemukakan di atas tidak terbit drp pendokong al-Faruqi atau al-'Attas hanya bertujuan membuka medan kajian perbandingan pendapat di kalangan 'Ulama Mu'tabar yg disebut di atas.
Wallahua'lam.

Anonymous said...

The Growing Network
The European work of Akef and others in the 1970s also contributed
to the Brotherhood’s spread in the United States. In 1977 Nada and Himmat welcomed
a group of Muslim activists to Lugano, the resort just up the street from their
homes. The meeting was a who’s who of Islamist leaders, including the ubiquitous
Yusuf Qaradawi. The Lugano meeting has long been a rumor, but a list of parti -
cipants has recently come to light, showing its scope and intentions.23 A key goal
was to set up a structure to guide the growth of political Islam in Europe and the
United States. The group started out by setting up think tanks to give the movement ideological firepower. Its most important creation was the International Institute of
Islamic Thought (IIIT).
In addition to Qaradawi, the meeting was attended by two Iraqi Muslims living in
the United States: Jamal Barzinji and Ahmad Totonji. In 1963 Totonji had helped set
up in United States the Muslim Students Association,24 which became part of the
Saudi-run International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO). Totonji
became the Saudi group’s secretary general.25 A year after the Lugano meeting, the
group decided to establish the headquarters of the IIIT in the United States, largely
because of the presence there of Ismail Faruqi, a leading Islamist thinker who had
also been at the Lugano meeting. He was instructed to open the center in Pennsylvania,
near his teaching post at Temple University, and when he did so in 1980, the
papers registering the IIIT were signed by Barzinji.
Petikan Artikel "The Brotherhood's Westward Expansion" tulisan Ian Johnson

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.