TAUBAT INDONESIA-MALAYSIA

Sumatra dikejutkan dengan gempa berkekuatan 7.6 skala richter. Angka kematian terus meningkat. Ditakutkan angka korban terus meningkat. Demikian harian Belanda de Volkskrant.

Kami tak pernah memungkiri fakta sains yang menyatakan bahawa daerah Sumatera Barat terletak pada garisan lingkaran api pasifik. Kawasan laluan gempa dan gunung berapi. Sumatera Utara juga sama. Perjalanan alam dengan aturan sebab-akibatnya (cause and effect) amat selari dengan orientasi perkembangan sains. Namun sains tanpa agama adalah ‘buta’, lantaran tidak semua persoalan mampu dijawab oleh sains. Dan hingga ke saat ini, belum ada satu teknologi yang mampu mendeteksi waktu terjadinya gempa tektonik maupun bencana nasional lainnya.

Saya teringat pada satu kisah, ketika Saidina Umar bin Khattab menjadi Amirul Mukminin, terjadi gempa besar di salah satu wilayah kekuasaannya yang sangat hebat dan luas sehingga mengorbankan banyak jiwa.

Umar mendatangi wilayah tersebut, bersua dan mengumpulkan para penduduknya. Kalimat yang pertama muncul dari bibir Umar bin Khattab bukanlah ucapan takziah sebenarnya. Dan bukan juga rasa simpati. Pernyataan pertama yang keluar dari Umar bin Khattab justeru ajakan untuk memuhasabah diri.

“Wahai semua dari kalian, apa yang telah kalian perbuat? Maksiat apa yang telah kalian lakukan, sehingga Allah menurunkan peringatan sedemikian rupa? Hingga Allah menurunkan musibah begini dahsyatnya?” Itulah ucapan Umar pada penduduknya. Dan, itulah contoh kebijaksaan akal pemikir Islam berbanding akal pemikir Barat yang sekular.

(Gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia)

Sedar ataupun tidak, Negara kita ini sudah 400 tahun sujud kepada berhala yang di import dari Barat. Sekularisme namanya. Dan berhala ini punya tabiat buruk. Ia sangat suka berlindung disebalik agama. Kita sebut dengan panggilan Islam Liberal, Islam Amerika, Islam Progresif, Islam Hadhari, dan juga Islamisasi Ilmu Sosial Barat.

Penyembah berhala ini meletakkan peranan akal di atas petunjuk wahyu. Rujukan mereka hanya satu iaitu ahli pemikir Yunani bukannya petunjuk daripada wahyu Allah. Namun strategi mereka di dunia islam, ia akan berlindung dibelakang ahli pemikir Islam peripatetik (al-Mashaai’yyin) yang menyeleweng.

Ia sungguh mengelirukan.

Di dalam menerangkan hakikat kekeliruan ini, Mustafa Muhammad dalam bukunya “al-Harakah al-Islāmiyyah al-Hādithah fi Turkiya” mendedahkan strategi Mustafa Kamal yang cuba membunuh ajaran tauhid,

“Sesungguhnya Mustafa kamal telah menyelinap masuk ke dalam fikiran orang ramai secara sembunyi-sembunyi, dan di dalam mencapai kehendak-kehendaknya dan fikiran-fikirannya ia telah beransur-ansur dari waktu ke waktu..

Maka dia pada satu peringkat mahu menyatukan Negara dan menghalau keluar perampas yang menjajah.. dan tatkala para pembantunya mensyaratkan kepadanya agar ia jangan menyentuh institusi khilafah sebagai balasan dari sokongan mereka kepadanya, lalu ia menegaskan dengan bersungguh-sungguh bahawa ia akan berpegang teguh dengan permintaan itu… Kemudian anda melihat ia mula memisahkan kekuasaan daripada khalifah… Dan kemudian anda melihatnya pula menghapuskan sepenuhnya institusi khalifah… Dan akhirnya dia mengistiharkan pula penubuhan sebuah Negara republic, dan menyeru secara terus terang kepada Sekularisme dan penghapusan islam.

Dan di dalam setiap peringkat dari peringkat-peringkat itu ia sentiasa menggunakan dari lelaki dan pemikiran yang bersesuaian dengan peringkat itu… Dan suatu perkara yang biasa bahawa Mustafa kamal mempergunakan para ulama dalam setiap peringkat yang berbeza itu... Dan dari kalangan para ulama yang cuba didekati olehnya dan mengambil manfaat dari kedudukan ilmiah, adabiah dan kemasyhuran mereka ialah Badiuzzaman an-Nursi.. Akan tetapi ketajaman faham beliau dan ilmu beliau telah memeliharanya pada penghujung dari cerun yang amat berbahaya itu”

Cukuplah sebagai contohnya, simpanan al-Wadi'ah. Pada hakikatnya, disebalik nama islam itu adalah menyalahi syarat-syarat wadiah yang sebenar dalam fiqih islam. Buatlah sedikit sahaja penelitian ilmiah. Nescaya anda akan menemukan bahawa syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi kerana Bank terpaksa tunduk kepada peraturan Bank Kapitalis sebagaimana yang dipertahankan oleh sebuah Negara yang bertuhankan Sekularisme.

Bahkan lebih buruk daripada itu, melalui penyelarasan kepada peraturan perbankan ekonomi kapitalis, konsep al-Wadi'ah tersebut secara praktikalnya telah bertukar menjadi Qardu ar-Ribāwi yang diharamkan oleh islam itu.


(Antara contoh bank kapitalis yang menjaja perbankan Islam)

Sesungguhnya nasib segala pembaharuan ekonomi islam dalam sebuah negara sekular telah diprogram dengan begitu teliti agar berakhir dalam pangkuan Kapitalisme jua. Inilah syarat yang cuba disampaikan oleh kaunter-kaunter perbankan tanpa faedah, khidmat al-Mudhārabah, dan ar-Rahnu yang mula ditawarkan oleh kebanyakkan bank kapitalis. Ini bukanlah berita gembira tapi sebagai senyuman sinis dari syaitan kapitalis yang layak ditampar oleh setiap muslim yang bermaruah!

Bacalah kenyataan penganut ajaran kapitalisme Malaysia yang sophist (loyar buruk) itu, kononnya mahu mempelopori ‘ekonomi islam’,

“Dalam mewujudkan sistem kewangan islam kita jangan cuba meruntuhkan sistem kewangan konvensional (kapitalisme), samada semuanya atau pun sedikit demi sedikit. Apa yang perlu kita buat adalah mendirikan sebuah masjid kewangan islam bersebelahan kuil kewangan konvensional dan cuba menarik perhatian umum daripada kuil tersebut kepada masjid yang kita bina. Inilah falsafah yang kita pegang dalam melaksanakan perbankan islam di Malaysia”

Ini baru satu contoh. Dan, saya punya banyak contoh pembohongan yang dilakukan oleh penyembah-penyembah sekularisme di tanah air daripada aspek undang-undang sosial, politik, dan ekonomi.

Oleh itu, kami menyeru kepada para pemimpin dan rakyat Malaysia-Indonesia supaya segera bertaubat. Bertaubat daripada menganut fahaman Sekularisme kepada mengesakan Allah Swt. melalui perlaksanaan hukum-hukum syariat-Nya secara kāffah (keseluruhan).

Yakinlah janji Rasulullah saw.,

“Mendirikan satu hudud adalah lebih baik dari disirami hujan selama empat puluh malam dalam sebuah negeri kepunyaan Allah azza wajalla” (Riwayat an-Nasaai, Ibnu Majah dan Ahmad)

Doktor Wahbah Zuhaili, penyusun tafsir al-Munir telah menjelaskan pengajaran penting dari ayat 25 surah al-hadid dalam tafsiran dengan berkata, “Ayat ini adalah merupakan perlembagaan masyarakat islam dan sistem perundangan masyarakat Islam. Masyarakat Islam itu adalah masyarakat yang berhukumkan dengan undang-undang langit, berasaskan manhaj kebenaran, keadilan, dan persamaan, dan ianya ditegakkan dibawah lindungan kekuatan yang memelihara dasar-dasar perundangan itu, yang menolak dan mengancam sesiapa sahaja yang berkeinginan melanggarnya atau mencabar kesuciannya, atau berusaha untuk menghapuskannya, atau sesiapa sahaja yang cuba menyekat perkembangan dakwah Islam dalam Negara islam atau diluarnya.”

Pada tahun lalu, saya pernah ke Padang menghadiri program Halaqah “Ini Sejarah Kita” bersama mahasiswa Malaysia di Universiti Andalas. Saya tersenyum sinis melihat begitu banyaknya papan tanda wajah ahli politikus yang diganding dengan asmā’ Allah. Dibawahnya tertera slogan “Dengan nama Allah, Allah menyelamatkan Kota Padang. Baik. Saya nak tanya kepada ahli politik sekular ini, apakah nama Allah hanya layak dipajang saja, sementara peraturannya tak pernah terlaksana? Dimanakah irādah Allah al-Tashri’iyyah (kehendak Allah dalam penanggungan syarak ke atas hambanya)?

Prof. HAMKA, tokoh idola saya pernah berkata dalam Tasauf Modernnya,

“Kita dilarang untuk mencari hormat dan nama. Tapi kita tidak dilarang untuk mencari kehormatan ke arah perbaikan budi pekerti. Gila hormat itu tidak boleh, tapi mencari kehormatan itulah TUJUAN dan MATLAMAT HIDUP.”

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmanya dalam surah Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." Lihat juga ayat (2:160), (3:133), (66:8).

Wallahua’lam.

5 comments:

qamarunnajmi said...

soklan:

sains tanpa agama adalh buta..jika agama tanpa sains??klu diikut kan zaman ibnu sina,al razi banyak mengamalkan teologi yang boleh menganggukn akidah. ibnu rushd yg mengatakan alam bersifat qadim..tapi ulama2 pada zaman itu banyak menentang..dengn alsn mereka itu pengamal falsafah teori yg memudartkan..??tapi kita still lagi gune silibus yg asal nya dr ibnu sina n al razi..??

imam hasan assyari pernah menyokong aliran muktazilah..aliran muktazilah banyak menggunakan akal dalam menginstibatkan hukum..dr aliran mu'tazilah maka tumbuhnya falsafah yang berbentuk sekularisme..idealismi ibarat cendwn tumbuh..tetapi semua falsafah i2 kah berdasarkan akal..sedangkan harun yahya dan ulama seperti imam jeedad banyak mengamalkan ilmu kalam dan akliah untuk berdkwah..aliran aristotle byk juga menggunkn akal dan teori..kenapa tidak diharamkan sahaja seprti mana aliran sekuler n kapitalis..dibiarkan sahaja menjadi silibus di ipta..jadi teori aristotle n ulama yang laen yng based on akal tnpa dalil naqli haram??Bukankah Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat jika kami berpegang teguh kepadanya, kitab allah dan sunnah rasulnya..

(komen based on tajuk titik keliruan....)

~kurg kefahamn...~

Jawapan

1. Jika agama tanpa sains?
Mungkin sdri maksudkan agama itu adalah islam. Jawapannya, jika islam tanpa sains maka ia bukanlah islam. Ternyata dalam al-quran terdapat banyak isyarat2 ilmiah (sains) yang sangat menakjubkan, padahal syarat ilmiah itu belum terdetik oleh siapapun saat turunnya al-kitab ini. Bebagai seminar berkenaan 'kemukjizatan ilmiah' telah dibuat di pelbagai negara.

2. Kenapa kita masih guna silibus dari Ibnu sina dan arrazi?
Kerana silibus itu melibatkan bidang natural sciences yang menggunakan metode induktif (istiqra'), kita tiada bangkangan terhadapnya. Para ulama menyebutnya sebagai metode Quranic.

Yang kita tolak adalah ilmu falsafah metafizik @ konsep ketuhanan mereka yang dipengaruhi oleh konsep ‘illah ghaiyyah Aristotle yang sesat itu hingga memunculkan aliran seperti faham Rasionalisme di Barat.

3. Soalan yang terakhir tu saya kurang paham. Minta diperjelas teori aristotles yang mana satu?

Beginilah. Saya sarankan sdri membaca buku kubral al-yaqiniyyat (Keyakinan yang hakiki)karangan Sa'id ramadhan al-buti terbitan JASMIN utk penjelasan lanjut. Ada jual di pustaka mukmin jalan masjid india KL.

terima kasih atas komentarnya yang bagus.

assalamualaikum..
ana tertarik dgn artikel tulisan anta ni..
scr keseluruhannya ana sependapat ngan anta tentang SEKULARISME...tp ana ada 1 persoalan dcni..
ana nk tny n nk penjelasan berkaitan konsep al-wadiah, mudharabah,ar-rahnu n b'mcm2 lg produk2 perbankan dan kewangan islam yg ada pd masa kini..
ana merupakan student islamic finance n banking(UMS LABUAN),so ana rasa terpanggil n ingin nk tahu penjelasan ttg statement anta dlm artikel anta ni.blh x anta jelaskan di mana tidak syari'e nya produk2 perbankan islam yg ada di pasaran skrg?kalo blh ana nk penjelasan yg terperinci berkenaan jawapan anta tu..coz ana sedang dlm kajian skrg ni..harap2 anta blh bantu ana..maaf kalo ana menyusahkan.salam perjuangan.wassalam.

waalaikummussalam..

Terima kasih saudari syahidatul khadijah :)

Persoalan saudari sama dengan persoalan, "mana tidak syari'enya undang-undang keluarga islam dalam mahkamah syariah" atau "mana tidak syari'enya Pusat Zakat Selangor?"

Saya mendukung sistem perbankan islam. Silakan saudari mendalaminya di universiti..

Hanya perlaksanaannya didalam sebuah negara yang menganut faham sekular adalah tidak bertentangan dengan prinsip sekular tersebut. Perbankan syariah terpaksa tunduk kepada pangkuan kapitalisme! Undang2 syariah terpaksa tunduk kepada undang2 ciptaan manusia!

Ini sesuai dengan ajaran machiavelli:

"Machiavelli thought of moral, RELIGIOUS, and economics factors in society as forces which a clever politician can turn to the advantage of the state, or which he can even produce for the sake of the state,”

Lebih mudah faham tentng strategi mereka, hayati nasihat Sir Snouck Hurgronje kepada pemerintah Belanda yang berpengalaman luas dalam meruntuhkan islam di indonesia:

"Yang wajib ditakuti oleh pemerintah-pemerintah Belanda bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik. Kumpulan itu dipimpin oleh segelintir yang fanatik, dimaksudkannya adalah para sarjana islam yang berjuang bagi menegakkan cita-cita Pan Islamiah (Rangkaian Negara Islam)".

Harap menjawab. Maaf kerana waktu sangat mencemburui saya

assalamualaikum...syukran atas penerangan yg anta berikan..insyaALLAH,ana akan dalami ilmu ini sebijaknya...wassalam.

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.