Islamization of Knowledge

1. Skop islamisasi ilmu menurut mereka meliputi konsep dualisme, humanisme, sekularisme yang mana kesemua konsep ini banyak terdapat dalam bidang falsafah sosial Barat.

2. Hakikat falsafah sosial adalah andaian (zann). Tidak pasti sebagaimana kesimpulan sains dan matematik justeru tidak boleh menjadi asas titik tolak pemikiran, keilmuan, amalan atau pembaharuan umat islam.

3. Adapun, Syed Qutb dalam Ma'alim fi at-Thariq menjelaskan, yang boleh dipakai dalam bidang sains sosial ini adalah kajian-kajian statistikal. Tetapi jika ia hanyalah lontaran pemikiran, telaahan akal atau bersifat disiplin tapi tidak dibarengi dengan temuan statistik, maka tidak boleh diterima pakai!

4. Kita menolak islamisasi ilmu menjadi teori sosial di bidang sejarah, psikologi, ekonomi maupun politik untuk menjadi sandaran apatah lagi menjadi sumber hukum bagi menapis ijtihad para ulama dahulu dan kontemporer

5. Islamisasi ilmu @ proses penyelarasan ini tidak lain adalah pengulangan kesilapan yang dibuat oleh barisan ahli falsafah al-Mashaai'yyin (Ibnu Sina, al-Farabi, al-Khindi) yang terpengaruh dengan falsafah Yunani lalu cuba mendamaikannya dengan akidah Islam. Maka muncullah akidah cara Jabari, Murjiah, dan juga Muktazilah. Mereka takwil Al-Quran & Sunnah dan nafi hadith yang shahih, menjadikan pendapat Aristotle lebih tinggi dari wahyu. (Perihal gol. al-Mashaai'yyin disebut oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya al-Marjaiyyah al-Ulya fil Islam lil Quran wa Sunnah)

6. Ternyata, saya hanya mampu membaling batu pada pemikiran mereka dari jarak jauh sahaja


Bibliografi:

10 comments:

Anonymous said...

Akhi al-muslim,

إن كنتَ ناقلا فالصّحة و إن كنتَ مدّعِيا فالدَّليل.

Sila rujuk at-Thaqafah al-'Arabiyah al-Islamiyah bayna al-Asolah wal Mu'asarah krgn Shaykh Dr.Yusuf al-Qaradhawi yang menjelaskan idea Islamisasi Ilmu al-Faruqi seraya memperakukannya m/s 167 & 168.

Sila rujuk juga kitab al-Fikr al-Gharbi Dirasah Naqdiyah krgn al-Ustaz Anwar al-Jundi dan krgn beliau Aslamatul Manahij wal 'Ulum di mana beliau mengutarakan & menghuraikan idea al-Faruqi dlm mengislamisasikan ilmu sebagai alternatif dlm menghadapi secularization of knowledge malah menyebut bahawa idea ini juga sebenarnya inspirasi al-Imam Hasan al-Banna.

Tidaklah saya mengemukakan komentar ini utk memaksumkan para pendokong gagasan ini krn perlaksanaannya bukan suatu yg mudah sebagaimana disebut oleh Dr. al-Qaradhawi dlm buku di atas malah memang terdpt kelemahan yg perlu diperbaiki dgn cara mengemukakan pandangan ilmiah dgn mematuhi disiplin ilmu kalam dan munazharah Islam (bertitik tolak dari kefahaman jitu ttg perbezaan di antara konsep Islamisasi Ilmu dan at-taufiq bayna ad-Din wal Falsafah. Hakikatnya bagi sesiapa yg menguasai lapangan 'Aqidah & Falsafah akan mendapati bahawa praktis Falasifah Mashaiyyin turut berlaku di dlm firqah-firqah Islam yg lain termasuk kelompok tariqat Sufiyyah itu sendiri.)dgn tujuan da'wah dan ta'awun sesama Muslim krn idea ini pada hakikatnya diilhamkan juga oleh pendokong harakah Islam itu sendiri. Ada kebarangkalian disalah fahami krn di Malaysia khususnya, perlaksanaan gagasan ini menumpang platform kerajaan sekular.


الحكمة ضالة المؤمن أنّ وجدها فهو أحق بها.

Wassalam.

Anonymous said...

Untuk mengetahui praktis Falasifah Mashaiyyin yang turut mempengaruhi pemikiran aliran sufiyyah sila baca buku-buku spt Mauqiful 'Aql wal 'Ilmi wal 'Alam min Rabbil 'Alamin wa 'Ibadihi al-Mursalin krgn Shaykh Moustafa Sobri dan seumpamanya.
Bahkan di dlm jilid pertama m/s 206 beliau mengisyaratkan kewujudan proses Islamisasi Ilmu sekaligus menmberi gambaran ringkas perbezaan konsep Islamisasi Ilmu dari konsep at-Taufiq bayna ad-Din wal Falsafah.

Anonymous said...

Untuk mengetahui kaitan IIIT dgn harakah Ikhwan al-Muslimin sila baca website The Global Muslim Brotherhood Daily Report.
Saya mengesyorkan supaya kita sentiasa mempraktiskan method comparative study supaya pandangan yg diutarakan lebih berasaskan istiqra' tam dan bukan naqis wa 'ala kulli hal al-kamal al-mutlaq lillah Ta'ala.
Sejarah tlh membuktikan bahawa mana-mana firqah Islamiyah tidak pernah terselamat dari pandangan-pandangan syaz dan dho'if yg terbit daripada sbhg pendokong-pendokong firqah tersebut disbbkan faktor-faktor tertentu.
نأخذ ما صفا وندع ما كدر
Wallahua'lam.

Anonymous said...

Salam.

Akh Anonymous,

Saya amat tertarik dgn beberapa pandangan anda.

Saya merujuk kpd sebuah buku lain Anwar Jundi, berjudul Musykilat al-Fikr al-Mu'asir fi daw i al-Islam ; kelihatannya beliau jelas2 mengatakan metodologi ilmu kemanusiaan/kemasyarakatan ternyata tidak dapat mengungkap hakikat/realiti spt metodologi ilmu matematik dan sains lantaran tabiat mawduk yg dikaji itu, yakni manusia, tidak sama dgn benda-benda fizikal lain.

Saya akan cuba cari kitab-kitab beliau yg lain (sekiranya anda jugalah Anonymous yg menulis komen di post sebelum ini)

Terdapat sebuah kitab lain, karangan Dr Mahmud Othman, seorang pensyarah Universiti al-Azhar caw Mansurah yg berjudul Fikr al-Maddi al-Hadith wa Mawqif al-Islam Minhu membahaskan persoalan ini dgn lebih lanjut lagi.

Bagi saya, proses islamisasi itu kena bermula dgn wacana yg telah mapan dalam Islam spt ilmu umran, siasah syar'yyah dll yg pastinya berasaskan kerangka pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Perkara-perkara yg kita mahu pinjam itu pula, perlulah kita serap dan kembang di bawah pengawalan wacana-wacana ilmu2 Islam yg telah mapan ini.


Boleh sapa saya di email? Moga dapat kita bertukar-tukar fikiran.
Emel saya raufmpr@yahoo.com

Kalau ada facebook, tlg add saya -Azhari Husayni

Anonymous said...

Suatu Penilaian Semula

Faqih al-'Asr Dr.Yusuf 'Abdillah al-Qaradhawi apabila menghuraikan ttg praktis Falasifah Mashaiyyin di dlm kitabnya al-Marja'iyyatul 'Ulya fil Islam tidak mentasrihkan bahkan tidak juga mengisyaratkan bahawa IIIT dan seumpamanya tergolong di dlm firqah Falasifah al-Islam yg.dimaksudkan.
Sesiapa yg meminati krgn2 beliau sememangnya akan memahami gaya penulisan beliau yg lazimnya akan mentasrihkan nama2 pihak yg dikritik.
Ternyata di dlm kitab beliau yg berjudul at-Thaqafah al-Islamiyyah al-'Arabiyyah baina al-Asolah wal Mu'asarah gagasan Islamisasi 'Ilmu Sains Sosial diperakukan seraya mengesyorkan para pembaca menyemak tulisan al-Faruqi,al-'Alwani,Abdul Hamid Abu Sulaiman dan Dr.'Imaduddin Khalil utk mengetahui dgn lebih lanjut apakah makna sebenar Aslamatul Ma'rifah-epistemologi dan metodologi?
Adakah ianya at-Taufiq baina ad-Din wal Falsafah sebagaimana yg diutarakan al-Qaradhawi di dlm
"al-Marja'iyyah"?
The Global Muslim Brotherhood Daily Report memaparkan ttg penglibatan tokoh2 Ikhwan di benua Amerika dan Eropah termasuk Shaykh al-Qaradhawi dlm pembentukan IIIT sebagai salah satu cabang terawal Ikhwan al-Muslimin di Amerika.Sekiranya berpeluang mendptkan buku yg berjudul A Mosque in Munich;
Nazis,The CIA,and the rise of the Muslim Brotherhood in the West tulisan Ian Johnson saudara boleh mendptkan maklumat lanjut ttg fakta di atas.
Diharapkan dpt membuka medan perbandingan pendapat seterusnya mengurai "kecelaruan epistemologi" yg "mungkin berlaku" dlm memahami konsep Islamiyyat al-Ma'rifah.
Wallahua'alam wal Kamal al-Mutlaq lillah Rabbil 'Alamin.
Wassalam.

Anonymous said...

This juristic reasoning clears the way for new methods of dawa and dialogue and for influencing the society from within. Using all forms of media for dawa purposes had already been encouraged by Banna,[61] but Qaradawi additionally encourages Muslims to study and strive for important positions in media, the arts, and the human sciences and social sciences in order to influence European society from “above.” He calls this process an “Islamization” of these arts.[62] In addition to Qaradawi’s call to Islamize the arts and sciences, he also attempts to Islamize the understandings of Western political concepts such as feminism, democracy and civil and human rights. For instance, in a fatwa on the status of women in Islam, he declares that Muslim women are not inferior to Muslim men, but he adds that this is based on the Islamic comprehension of equality before Allah, but not on the Western comprehension of gender equality.[63]
Cebisan artikel "Dawa and the Islamist Revival in the West"tulisan Nina Wiedl.Utk bacaan lengkap sila layari website Hudson Institute.

Anonymous said...

INTERNATIONAL MUSLIM THINK TANK MEETS IN CAPE TOWN.



In what will be a first for Cape Town and South Africa, the annual conference of the Islamic think tank, The International Institute of Islamic Thought (IIIT), will convene for its annual conference in the Mother City. The conference will take place between 20 – 26 January 2008.



The International Institute of Islamic Thought (IIIT) was established in 1981 in Pennsylvania as a private, non-profit, academic and cultural institution dedicated to promoting research, publications and conferences related to Islamic thought and contemporary social sciences.



The delegation will be hosted in South Africa by the Office of Ebrahim Jadwat (a long standing associate of the IIIT), Awqaf South Africa and the Muslim Students’ Association of the Cape.



As a platform for the Islamization of Knowledge paradigm, the Institute has become a forum through which Muslim scholars have rekindled an ongoing debate on Islamic intellectual endeavour and thought.



The Institute is committed to the development of Islamic scholarship in contemporary social sciences and humanities and is dedicated to the revival and reform of Islamic thought. Its methodology is to help Muslims deal effectively with modern social challenges and ultimately contribute to the progress of civilization, by giving it a specific meaning and direction derived from Divine guidance.



As part of its strategic objective the IIIT serves as the foremost think tank in the field of Islamic education, culture and knowledge. It is a vehicle through which a comprehensive Islamic vision and methodology, that will help Muslim scholars in their critical analysis of contemporary knowledge, is formulated.



The IIIT board and executive members comprises of the foremost scholars, academics and intellectuals in the Muslim World, including the Leading Islamic Theologian Dr. Yusuf Al-Qardawi, the former Finance Minister of Malaysia, Dr. Anwar Ebrahim, the exiled Iraqi leader Dr. Ahmad Totonjie and the Founder and Rector of the International Islamic University (IIU) in Kuala Lumpur, Professor Dr. Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman, to name a few.



Whilst in South Africa the IIIT members will also be holding meetings with key Muslim Organisations, Academics and Government Officials.

Sumber:National Awqaf Foundation of South Africa

rauf said...

Salam.

Akhi,

Shaykh Mustafa Sobri dlm hal 206 itu mengangkat martabat ilmu kalam sebagai medan pemprosesan ilmu2 asing utk dinilai dan disaring sblm dimasukkan ke dalam khazanah ilmu-ilmu Islam.. foundationnya mesti kukuh, konsep-konsep penting dan peta-peta minda pandangan alam Islam (konsep fa'il muhtar misalnya) perlu diraikan dlm segala proses itu dan tidak memadai kalau kita terus mengislamisasikan ilmu2 sains sosial terus di peringkat fiqh dan usul fiqh, krn perlu ada kejelasan dlm epistemologi dan ontologi Islam terlebih dahulu..

cthnya, isu sababiyyah..

zaman Yunani, persoalan ini dijawab oleh ahli falsafah monisme/materialisme melalui dimensi mekanistik alam dan dijawab pula oleh ahli falsafah ketuhanan/dualisme melalui dimensi teleologi..

mutakallimin ahli sunnah bijak mengambil nazariyyah jawhar-fard (atom) drp aliran materialisme ini (yg dpt mengembangkan sains) manakala sebilangan turut bersetuju dgn dalil teleologikal hanya utk dijadikan dalil dlm pembuktian kewujudan Tuhan, dan mereka sepakat sekeras-kerasnya menolak teleologikal ini dlm perbuatan Allah krn ia membawa kpd kekurangan dan keterbatasan serta keterbergantungan Allah kpd hukum sebab musabbab.Maha suci Allah Subhanahu wa Taala drp drp segala kekurangan..

Ahli falsafah Islam pula tersesat jauh apabila mengikut ahli falsafah ketuhanan Yunani dgn nazariyyah madah-surahnya sehingga terseret alam turut manjadi qadim (tiada permulaannya) bersama dgn Allah krn walaupun mereka khilaf ttg pendekatan utk membuktikan kewujudan Allah, mereka sepakat utk menerima hubungan Allah dgn alam ini adalah hubungan 'illah-ma'lul, di mana apabila 'illah qadim maka qadim la pula ma'lulnya. ada perbincangan yg pjg mengenai hal ini.

persoalan ini membingungkan ahli falsafah (Yunan mahupun Islam) krn bgmn alam yg beragam (kathrah) serta dinamik ini (mutaghayirun, berubah2) lahir drp Tuhan yg esa dan statik (thabit). Mereka jadi bingung sebegitu krn mrk menolak kesabitan sifat zaid 'ala al-zat dan mengatakan Allah tidak bersifat. Hal ini mybbkan mereka tidak mampu menghuraikan kejadian alam ini drp Tuhan tanpa terlepas drp dua kemungkinan ; iaitu terheretnya alam ini menjadi qadim, atau qudrah Allah terheret menjadi hadith. Inilah yg berlaku.

Ketelitian Ahli Sunnah wal Jamaah dgn segala konsep taaluq sbg asas keterangan hbgn Allah dgn alam serta konsep af'al Allah yg bebas dan mutlak mencermati isu ini dgn penuh pen'daulat'an akan hakikat tauhid sebagaimana yg selayaknya.

tp org sekular, org sains barat, (yg pegang konsep kausaliti falasifah) dia sempit realiti tu hanya yg boleh dikaji oleh sains (kalau ikut term ashairah -hukum adi/adat). jd org sekular ni, sbb dia pegang illah ni muathhir, dia dah sempitkan realiti kekuasan perbuatan Allah ni pada apa yg boleh dijangkau oleh sains je..yg lagi radikal, ibnu rushd kata, Allah takleh cipta alam yg lain drp alam ni. sbb alam ni terlampau perfect, inilah kemuncak ilmu Allah bg dia -sbb dia dah ikat mati hukum sebab-musabab, bukan spt ashairah yg kata sbb-musabbab ni hanya hukum adat je, yg kedua2nya dibuat oleh Allah SWT.

hikmah pula berbeza drp illah. hikmah menyusuli perbuatan Allah, sbb itu ia bagus, menunjukkan kebijaksanaan Ilahi. kalau illah, dia mendahului sesuatu perbuatan.. jd seolah2 Allah tak berkuasa, terpaksa tunduk kpd illah utk buat sesuatu.. sbb tu ashairah tolak illah gha'iyyah (teleologikal) pada perbuatan Allah.

jadi, dlm kita nak menyikapi konsep-konsep asas ilmu-ilmu semasa, pandangan mutakallimin ahli sunnah yg sentiasa cermat dlm menjaga kesucian dan kejernihan tauhid ini hendaklah diambil. sewajarnya lah kita merujuk kpd mereka sebagai mewakili pandangan Islam yg sebenar dalam kita melibatkan diri dgn simpang-siur pemikiran dlm sebarang wacana moden.

IIIT kelihatannya tidak menjadikan ilmu kalam ashairah sbg intelectual-frameworknya.

Semoga penulisan ini dianggap sbg muhasabah dan perbincangan yg sihat, bukannya khusumah memecahbelahkan ukhuwwah kita.

Wallahu a'alam.

Anonymous said...

Jazakumullah Khairal Jazak Akhil Karim.

Menarik penjelasan saudara ttg mauqif al-'Allamah as-Shaykh Moustafa Sobri berkenaan pengislaman 'ilmu atau secara khususnya Islamisasi 'Ilm Mantiq Yunani sehingga serasi utk digunapakai dlm kerangka Kalam Ahlus Sunnah al-'Asya'irah dlm mempertahankan kewujudan ALLAH Ta'ala.
Berhubung sejauh mana kejituan epistemologi-metodologi yang digunapakai oleh IIIT dlm memenuhi prinsip-prinsip al-Qur'an & as-Sunnah saudara boleh mengkaji beberapa buah buku hasil Islamisasi Psychology yg dinyatakankan sendiri oleh Shaykh Dr.al-Qaradawi spt al-Qur'an wa 'Ilm an-Nafs dan al-Hadith wa 'Ilm an-Nafs krgn Dr.Muhammad 'Uthman Najati.Suadara boleh merujuk kpd prakata Shaykh al-Qaradawi yg ditulis utk buku at-Tafakkur min al-Musyahadah ila as-Syuhud krgn Prof.Malik Badri yg dianggap Bapa Islamisasi Psychology.Malah mawqif IIIT terhadap andaian-andaian ahli psychology barat tidak nampak berbeza dgn pandangan as-Syahid Sayyid Qutb berhubung sains sosial barat sebagaimana yg disebutkan penulis blog. Ini dinyatakan oleh Dr.Najati dlm buku beliau Madkhal ila 'Ilm an-Nafs al-Islami terbitan Dar as-Syuruq 2001 m/s 67:
ونحن نوافق على ماقاله مالك بدري من أنه كلما كانت النظريات التي يقول بها علماء النفس الغربيون ناشئة عن نتائج بحوث تجريبية فهي مقبولة من وجهة نظر إسلامية.وكلما كانت ناشئة عن نظرياتهم الفلسفية وتصوراتهم الإلحاديةعن الإنسان والكون والحياة كانت غير مقبولة

al-Akh Dr.Hamid Fahmy Zarkasyi dari Insists pernah menulis buku berjudul al-Ghazali's Concept of Causality sebagai tesis Phd beliau.

'ala kullin terima kasih di atas komentar saudara.
Paparan-paparan yg dikemukakan seblm ini hanya bertujuan menjana suatu suasana "Nahwa al-Insof" di dlm medan diskusi.

Salam maaf sekiranya terdpt kekasaran dlm komentar-komentar yang dikemukakan.

Wassalammu'alaikum wa Rahmatullah.

Anonymous said...

Sekadar memenuhi amanah dan ketelusan disiplin 'ilmu berikut dinukilkan pandangan Insof & I'tidal salah seorang 'Ulama & Da'ie Islam ttg Islamisasi 'Ilmu & IIIT iaitu as-Shaykh Mu'az bin al-Marhum as-Shaykh Sa'id Hawwa yang diperoleh melalui dialog menerusi facebook:
سلام عليكم مولانا الدكتور معاذ ورحمة الله وبركاته

شيخنا عندي سؤال يتعلق بمشروع إسلامية المعرفة و المعهد العالمي للفكر الإسلامي. ويما أن المعهد له علاقة نوعا ما بجماعة الإخوان المسلمين أحببت الاستفسار منكم حول القضية لأنني قرأت أقوالا متضاربة فيها بين مدحها و ذمها وبين الرأي في إثبات أهميتها والتهمة بأنها التوفيق بين الدين والعصر فما استطعت الترجيح بين تلك الأقوال. إذا سمحتم هل ممكن أن تساعدوني في تحليلها؟
وجزيتم خيرا الجزاء مولانا الدكتور.

الشيخ معاذ سعيد حوى

*

وعليكم السلام
المعهد جيد بشكل عام يحاول أن يقدم للأمة بعض ما تحتاجه من تفكير وكتابات ومؤتمرات تخدم النهضة بالأمة وتخدم الرجوع إلى دين الله وتخدم تصحيح المسار والتفكير والسلوك عند الأمة وتخدم معرفة الطريق لإقامة الدين.
كأي جهد بشري لا يخلو من أخطاء، لا يخلو من تقصير، لا يخلو من تخوفات، لا يخلو من وجهات نظر مختلفة.
وهم لا يقتصرون في طروحاتهم على أشخاص الإخوان أو أفكار الإخوان بل أبوابهم مفتوحة لكل المفكرين من سائر الاتجاهات.
نسأل الله أن يبارك في جهودهم مع غيرهم من المسلمين لإعلاء كلمة الله تعالى

جزيتم خيرا مولانا الدكتور. وهل يمكن أن يكون مشروع إسلامية المعرفة وسيلة فعالة في مواجهة سموم التغريب العصري إذا سمحتم مولانا؟

الشيخ معاذ سعيد حوى

*

نعم ، ولكن ليس وحده، فالأمة بحاجة إلى مشاريع كثيرة ، هذا واحد منها

حفظكم الله و بارك فيكم مولاتا الدكتور و جزى الله تعالى عن الأمة الإسلامية المرحوم الأستاذ الشيخ سعيد حوى خير الجزاء.

Persoalan ini juga boleh dikemukakan kpd Dr.Jasser 'Auda ibn as-Syahid al-Ustaz 'Abd Qadir 'Auda yang merupakan salah seorang penggerak IIIT.

Wallahua'lam.

Copyright © 2012 Ahmad Aizatnur International Sdn Bhd.